Ahad, Mei 10, 2009

MIHAS 2009

Share

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk mengunjungi MIHAS di MATRADE MECC berhampiran Jalan Duta pada 09.05.2009 iaitu hari pertama ia dibuka untuk orang awam. Gerai HPA terletak di Lot F127 dan F128 dan ia menghidangkan air mangga, koko dan kopi Radix sebagai tarikan pengunjung. Saya dapati air Radix Oren 1.5l telah habis dijual dan ketika saya sedang meneliti barangan yang dipamerkan di situ, ada seorang Cina yang merupakan salah seorang peserta pameran telah membeli Jus Kurma HPA. Ini antara bukti betapa ia juga telah diterima oleh pelbagai kaum di Malaysia, tidak terhad kepada satu kaum sahaja.

Mudah-mudahan pada MIHAS 2010 yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010 nanti akan menyaksikan gerai HPA lebih gah lagi sejajar dengan imej sebagai sebuah MLMS yang terulung di Malaysia dan dunia, Insya Allah! 02

03
04 17 18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan