Memaparkan catatan dengan label MIHAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MIHAS. Papar semua catatan

Selasa, Jun 22, 2010

HPA Melaka Halal Hub di 7th MIHAS 2010

Share

di

23-27 Jun 2010

9 pagi hingga 7 malam

Peta Lokasi
Ia terletak di tapak khemah yang paling hujung sekali (Dewan G) dan berhampiran pusat persidangan media, tapak sudut di bahagian kedua dari pusat persidangan media.

Tapak Pameran HPA Melaka Halal Hub @7th MIHAS 2010
G153 & G154 MATRADE Exhibition and Convention Centre
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur

HPA Melaka Halal Hub pada tahun 2010 akan mewakili HPA Industries Sdn Bhd dalam pameran MIHAS 2010. Banyak produk baharu HPA yang dihasilkan di HPA Melaka Halal Hub ada di sini. Insya Allah!

Selasa, Mei 12, 2009

MIHAS 2010

Share


Pada pendapat saya, jika HPA dapat membawa RFC sebagai gerainya di MIHAS 2010, saya pasti dengan izin Allah, sambutan pasti akan memberangsangkan. Ini dilihat pada sebuah gerai dari sebuah syarikat antarabangsa yang mendapat sambutan hangat pada MIHAS 2009 lalu. Semoga usaha untuk memartabatkan industri halal akan menemukan jalan jaya. Insya Allah!

Ahad, Mei 10, 2009

MIHAS 2009

Share

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk mengunjungi MIHAS di MATRADE MECC berhampiran Jalan Duta pada 09.05.2009 iaitu hari pertama ia dibuka untuk orang awam. Gerai HPA terletak di Lot F127 dan F128 dan ia menghidangkan air mangga, koko dan kopi Radix sebagai tarikan pengunjung. Saya dapati air Radix Oren 1.5l telah habis dijual dan ketika saya sedang meneliti barangan yang dipamerkan di situ, ada seorang Cina yang merupakan salah seorang peserta pameran telah membeli Jus Kurma HPA. Ini antara bukti betapa ia juga telah diterima oleh pelbagai kaum di Malaysia, tidak terhad kepada satu kaum sahaja.

Mudah-mudahan pada MIHAS 2010 yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010 nanti akan menyaksikan gerai HPA lebih gah lagi sejajar dengan imej sebagai sebuah MLMS yang terulung di Malaysia dan dunia, Insya Allah!

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan