Jumaat, Mei 01, 2009

Melabur dalam Radix Fried Chicken

Share







RADIX FRIED CHICKEN (RFC) Radix Fried Chicken Sdn Bhd adalah Syarikat Milik Penuh HPA Industries Sdn Bhd.

Minat membuka RFC . RFC Menawarkan



MODAL SEBUAH RFC IALAH RM1.5 JUTA.




HANYA PAKEJ INI SAHAJA RFC TAWARKAN.


SISTEM MUDHARABAH RFC








(Butiran bagi syarat-syarat perkongsian Mudharabah antara RFC dan Pemodal)


1. Skop usahasama ialah restoran makanan segera RFC.


2. Usahasama dibuat mengikut kaedah Perkongsian Mudharabah. Pihak RFC bertindak sebagai


pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal sahaja.


3. Usahasama di antara pemodal dan RFC dibuat dalam bentuk perjanjian.


4. Nilai modal oleh individu/syarikat yang berminat menjadi pemodal kewangan ialah RM 1.5 juta.


5. Nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh RFC ialah ialah 50: 50 antara HPA dan Pemodal. Keuntungan berdasarkan untung bersih bulanan. Pemberian untung tertakluk untung-rugi perniagaan cawangan RFC terbabit.


6. Pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi. Jangkaan operasi; selewat-lewatnya lima bulan selepas perjanjian ditandatangani antara RFC dan individu/syarikat terbabit.


7. Penyata kewangan akan diserahkan kepada pemodal setiap bulan, khusus bagi cawangan yang terlibat dengan perkongsian yang membabitkan pemodal sahaja.


8. Pemilihan lokasi menjadi hak RFC untuk menentukannya. Namun pemodal boleh mengemukakan cadangan.


9. Tempoh perkongsian ialah lima tahun. Selepas lima tahun, bayaran balik modal akan dibuat oleh RFC kepada pemodal dalam tempoh tidak lebih enam bulan dari tarikh tamat perkongsian. Lanjutan perkongsian selepas itu bergantung kepada persetujuan semula kedua belah pihak dan dengan caruman modal baru yang ditetapkan oleh RFC.


10. Jika pemodal berhasrat menarik balik modalnya sebelum tempoh perkongsian tamat (iaitu 5 tahun), RFC hanya akan membuat bayaran balik dalam tempoh setahun dan tiada sebarang keuntungan akan diberikan kepada pemodal dalam tempoh bayaran balik itu (bermula dari tarikh pembatalan kontrak yang dipersetujui kedua belah pihak).


11. Akad Mudharabah terbina atas perkongsian untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat untung kerana modal yang ia keluarkan dan RFC (sebagai ‘Amil atau Mudharib) berhak mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankannya. Jika ditakdirkan urusniaga mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan RFC akan sama-sama menanggung kerugian; pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan RFC menanggung kerugian dari (bebanan masa dan kerja) pengurusannya.


12. Perjanjian perkongsian Mudharabah ini hanya tertakluk dengan cawangan RFC yang berkait dengan pemodal (yakni cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya). Oleh demikian, pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang RFC dari membuka cawangan-cawangan lain.


PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA






Sumber: Laman RFC
02

03
04 17 18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan