Memaparkan catatan dengan label Info Produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Produk. Papar semua catatan

Ahad, September 19, 2010

Bengkung dan Barut Berherba Set Bersalin HPA

Share


Produk keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.

Keistimewaan Corset:

* Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
* Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
* Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukan pinggul dan tulang pelvik
* Sesuai dipakai bila-bila masa
* Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
* Menegangkan kembali otot-otot perut
* Membantu mengawal selera makan

Kaedah penggunaan:

* Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas
* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan
* Cuci bengkung sebelum digunakan
* Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk




Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi. barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya.

Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu. Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah.

Set Bersalin HPA

Share

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.
Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Sumber: Dunia Herba HPA

Sabtu, Ogos 14, 2010

Ayam Radix Organik

Share


Ayam Radix Organik diternak menggunakan kaedah organik dalam ladang ayam yang diberikan pengudaraan yang mencukupi. Sumber makanan organik yang diambil dari dalam dan Timur Tengah adalah antara kelainan yang ada pada ayam organik ini.

Ayam organik ini juga akan diperdengarkan dengan bacaan Al Quran tanpa henti selama ia membesar dalam tempoh 40 hari. Ayam yang anda makan ini bukan sahaja makan dari sumber organik yang halal, tetapi ia juga telah ditazkirahkan dengan ayat suci Al Quran selain disembelih oleh para penyembelih yang menyembelihnya mengikut syarak. Wallahu'alam.

Sate Ayam Organik

Share


Insya Allah, kini kita boleh merasai keistimewaan Sate Ayam Organik yang dijual di Radix Chicken House. Ia boleh didapati dalam 2 varian, iaitu yang dibakar atau yang digoreng. Saiz sate ini memang besar dan berharga RM1.00 secucuk. Anda juga boleh memilih untuk dijamu bersama nasi himpit dan bawang.

Anda tidak perlu pesan banyak kerana sate ini besar dan membuatkan kita cepat kenyang setelah menjamahnya. Sekiranya anda memesan sate yang digoreng lagilah cepat kenyang dan ia digoreng menggunakan Tepung RFC. Insya Allah. Selamat merasa.

Khamis, Julai 15, 2010

Teh Hirta

Share


Minuman Herba Hirta


Pokok Ara Tanah

Keterangan Produk

1. Minuman ini dihasilkan daripada pokok Ara Tanah yang telah dikeringkan.

2. Ekstrak daripada herba ini dapat membantu mengubati asma/athma, batuk, radang saluran pernafasan, bronchitis (bengkak pada tiub kerongkong), seriawan mulut, diuretik (kumuhkan air kencing), mencuci perut/usus, muntah, sembelit, batu karang, cirit birit dan mengeluarkan kahak.

3. Anti radang, anti depressant (untuk tekanan darah), anti hipertensi, antioksidan, anti pruritic (menghilangkan gatal), anti kekejangan

4. Bersifat astringen, boleh mengecutkan tisu kulit. Oleh itu, baik untuk rawatan bisul dan bengkak.

5. Boleh menggalakkan perkumuhan air kencing.


Ia adalah satu lagi herba yang dapat membantu dalam merawat penyakit seperti berikut:

1. ASMA

2. BATUK

3. RADANG SALURAN PERNAFASAN

4. BRONCHITIS (BENGKAK PADA TIUB DIKERONGKONG)

5. SERIAWAN MULUT

6. DEURETIC ( MEMBANYAKKAN AIR KENCING-KUMUH)

7. MENCUCI PERUT/USUS

8. MUNTAH

9. SEMBELIT

10. BATU KARANG

11. CIRIT-BIRIT

12. KELUARKAN KAHAK


Selain yang terdapat dalam senarai di atas, herba ini juga mempunyai keistimewaan untuk ANTI RADANG, ANTI DEPRESSANT (UNTUK TEKANAN DARAH), ANTI HIPERTENSI, ANTIOKSIDAN, ANTI PRURITIC (MENGHILANGKAN GATAL) dan ANTI KEKEJANGAN.

Untuk rawatan bisul, herba ini juga berkesan untuk mengecutkan ia kerana herba ini bersifat Astringent iaitu boleh mengecutkan tisu kulit.

Ahad, Julai 11, 2010

Deep C HPA

Share

Deep C

Herba Deep Cleansing kini diluluskan pendaftarannya oleh KKM atas nama Deep C. Semua herba disiapkan terlebih dahulu dan Deep Cleansing ini menggunakan herba-herba yang sukar didapati. Ada yang terpaksa kami ambil dari kawasan tinggi utara Thailand. Ubi “krong kemau” yang digunakan untuk ayam sabung ternyata menjadi herba utama dalam Deep C.

Deep C berfungsi untuk membantu penyingkiran toksid dan logam-logam berat yang terdapat di dalam tubuh badan. Ia juga membantu membaiki sistem tubuh dan membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Ia boleh dibeli melalui HPA Call Centre di talian 049776804 atau 049776805

Selasa, Jun 22, 2010

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan