Sejarah Perkongsian Bijak Cemerlang

Share

Program PBC atau PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG ini adalah kesinambungan daripada program PERKONGSIAN BIJAK ( PB ) yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn Bhd pada 2 Disember, 2005.

Program PB asalnya (3 hari 2 malam) ini diadakan adalah hasil dari cetusan rasa hati Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya; Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM seperti CIKGU MURAD, maka Program Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditentukan.

Hasil dari program PB yang diadakan sepanjang tahun 2006 di seluruh Malaysia, jualan syarikat telah meningkat dengan ketaranya dan bonus pemimpin dan pengedar yang menghadiri dan menghantar peserta jaringan mereka telah melonjak secara drastik.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan; peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan.
Masakini, melalui program PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

 Suasana PBC Yang Pertama Di HQ HPA Industries Sdn Bhd, Arau Perlis

Apakah Program Perkongsian Bijak Cemerlang?

Perkongsian Bijak Cemerlang merupakan plan pemasaran yang diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.

Plan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperoleh pendapatan lumayan dalam masa yang singkat; 5 angka dalam masa 5 bulan!
Berbeza dengan plan pemasaran syarikat lain, Program Perkongsian Bijak Cemerlang ini menyediakan seberapa banyak maklumat dan bimbingan yang secukupnya kepada pengedar-pengedar melalui program-program yang dianjurkan dengan percuma!
Apa yang perlu anda lakukan?

Berikut adalah langkah-langkahnya

1. Mendaftar sebagai ahli HPA,di cawangan HPA terdekat atau hubungi leader-leader HPA, kemudian ikuti langkah yang dinyatakan termasuk membuat pembayaran RM 30 sahaja dan anda akan mendapat Kit Niaga HPA.

2. Hadiri Seminar Perniagaan ‘Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)’ anjuran HPA.Kemudian ikuti langkah yang dinyatakan termasuk membuat pembayaran antara RM100.00 hingga RM 180 sahaja. Anda akan dibimbing dan dilatih mengenai gerak kerja perniagaan MLM Syariah HPA selama 2 HARI 1 MALAM di lokasi-lokasi (hotel) berhampiran anda. Sila klik untuk melihat jadual Program PBC.

Modul-Modul PBC

Antara modul yang akan diberikan adalah

Kenali Syarikat
Asas Plan Pemasaran
Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
Eagle Eyes Sponsoring
Plan Tindakan
Teknik Demo Gempur Radix
Teknik Demo dan Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan
 
Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengurus Pemasaran HPA sendiri iaitu En Mohammad Faisol b Abd Rahman dan juga dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

Kelebihan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

1. Hadiah pangkat pertama oleh pihak syarikat HPA: PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
 
2. Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat, berasaskan Syariah dan menguntungkan.
 
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan RM 10,000 ke atas.
 
4. Berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
 
5. Modul program yang menarik dan mengesankan.
 
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan