Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan. Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan. Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah, tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia. Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.
Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli RM19.00 kepada RM15.00 tanpa mengubah nilai mata. Skim ini berkuatkuasa serta-merta sehingga masa tertentu. Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal. InsyaAllah! 02 03 04 17
Tiada ulasan:
Catat Ulasan