Memaparkan catatan dengan label Radix Fried Chicken. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Radix Fried Chicken. Papar semua catatan

Rabu, Mac 02, 2011

Radix Fried Chicken Ipoh Kini Sudah Beroperasi

Share





Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah memudahkan jalan bagi KOMAS dan Radix Fried Chicken Sdn Bhd untuk mrmbuka cawangan terbaharunya di Bandaraya Ipoh. Ia telah memulakan operasinya pada jam 4.00 petang, 28.02.2011 dan kelihatannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Bandaraya Ipoh.

Semoga kakitangan yang bertugas di RFC Ipoh dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik kerana sambutan yang hangat sedang menanti di hadapan. Ia juga adalah hadiah kepada warga Perak di atas usaha memartabatkan produk halal di mata masyarakat dan negara. InsyaAllah.

Lokasi RFC Ipoh

Khamis, Ogos 05, 2010

Perasmian Radix Fried Chicken Jitra

Share




Insya Allah pada 28 Ogos 2010 ini pada jam 5.30 petang akan dirasmikan RFC Jitra oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Ahmad. Majlis akan berlangsung hingga ke waktu berbuka. Datanglah beramai-ramai. Wallahu'alam.


Lihat HPA City dalam Peta Google

Ahad, Julai 25, 2010

Radix Fried Chicken Kubang Kerian telah dirasmikan

Share


Alhamdulillah, kini RFC Kubang Kerian telah selamat dirasmikan. Impian rakyat Kelantan dan ahli HPA seramai lebih daripada 30,000 orang di sana untuk merasai keistimewaan Ayam RADIX yang digoreng dengan Tepung RFC kini telah menjadi satu kenyataan.

Ia menjadi kesinambungan kepada Radix Chicken House yang juga ada menyediakan ayam goreng cuma berbeza menu utama yang mana RFC menyediakan ayam goreng sebagai menu utama manakala RCH pula mengenengahkan ayam panggang sebagai sajian utamanya.

Pembinaan RFC Kubang Kerian ini amatlah dinantikan oleh rakyat Kelantan kerana premisnya lebih besar daripada Radix Chicken House di KBTC. Wallahu'alam.

Khamis, Julai 15, 2010

Suasana di Radix Fried Chicken Kubang Kerian

Share

Berikut adalah suasana dalam RFC Kubang Kerian sebelum hari perasmian oleh KakChik






Ahad, Julai 11, 2010

Radix Fried Chicken Kubang Kerian kini telah dibuka!

Share



Radix Fried Chicken Kubang Kerian
Lot 1606 Jalan Raja Perempuan Zainab II
Bandar Baharu Kubang Kerian
16150 Kota Bharu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapatlah warga Kota Bharu, khususnya warga Kubang Kerian untuk bersama-sama untuk merasai keistimewaan ayam goreng Radix yang telah menjadi satu fenomena di seluruh Malaysia.

Cawangan RFC Kubang Kerian ini masih baru beroperasi dan masih belum dirasmikan dan ia dijangka akan dirasmikan pada penghujung bulan Julai 2010 ini oleh YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Semoga impian untuk membuka 3 buah lagi cawangan RFC di Kelantan akan menjadi kenyataan, Insya Allah. Sehingga kini HPA telah berjaya menubuhkan Radix Chicken House di Kota Bharu Trade Centre dan Radix Bakery House di Kampung Paya Rambai dan yang terkini Radix Fried Chicken di Kubang Kerian.

Marilah kita bersama-sama menyokong produk keluaran Muslim yang halal dan toyyib!


Lihat HPA City dalam Peta Google

Jumaat, Julai 09, 2010

Perasmian Radix Fried Chicken Kota Bharu!

Share

Kad Undangan

Radix Fried Chicken Kota Bharu

Pihak HPA ingin mengumumkan satu majlis perasmian untuk cawangan RFC ke 7 yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu akan dilangsungkan pada minggu kelima bulan Julai ini.

RADIX Fried Chicken Kubang Kerian
PT 1606 Jalan KK 6/1
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kota Bharu

Perasmian oleh
YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar
Kelantan Darul Naim

pada hari Ahad, 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431

jam 2.00 petang

Para pemimpin dan ahli HPA yang hadir diminta untuk memakai baju batik ketika perasmian. Orang ramai diundang untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan bersama-sama untuk menikmati hidangan istimewa di RFC Kota Bharu, Insya Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke RADIX Chicken House di Kota Bharu Trade Centre dan RADIX Bakery House di Kampung Paya Rambai.


Lihat HPA City dalam Peta Google

Sabtu, Jun 19, 2010

Perasmian RADIX Fried Chicken Kangar!

Share

Pihak HPA ingin mengumumkan satu majlis perasmian untuk cawangan RFC ke 6 yang terletak di Kangar akan dilangsungkan pada awal bulan Julai ini.

RADIX Fried Chicken Kangar
86 & 88 Jalan Pertiwi
Taman Pertiwi
Jalan Kangar - Alor Setar
Seriab
01000 Kangar

Perasmian oleh
YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu
Menteri Besar
Perlis Indera Kayangan

pada hari Jumaat, 09 Julai 2010

jam 3.00 petang

Para pemimpin dan ahli HPA yang hadir diminta untuk memakai baju batik ketika perasmian. Orang ramai diundang untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan bersama-sama untuk menikmati hidangan istimewa di RFC Kangar, Insya Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke HPA Auto Services yang terletak di Taman Pertiwi juga. Tidak lupa RADIX Chicken House dan Koperasi Wahida HPA Berhad di Taman Pengkalan Asam dan RADIX Chicken House di Jelempok.




Lihat Radix Fried Chicken Kangar dalam Peta Google

Jumaat, Mei 01, 2009

Melabur dalam Radix Fried Chicken

Share







RADIX FRIED CHICKEN (RFC) Radix Fried Chicken Sdn Bhd adalah Syarikat Milik Penuh HPA Industries Sdn Bhd.

Minat membuka RFC . RFC Menawarkan



MODAL SEBUAH RFC IALAH RM1.5 JUTA.




HANYA PAKEJ INI SAHAJA RFC TAWARKAN.


SISTEM MUDHARABAH RFC








(Butiran bagi syarat-syarat perkongsian Mudharabah antara RFC dan Pemodal)


1. Skop usahasama ialah restoran makanan segera RFC.


2. Usahasama dibuat mengikut kaedah Perkongsian Mudharabah. Pihak RFC bertindak sebagai


pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal sahaja.


3. Usahasama di antara pemodal dan RFC dibuat dalam bentuk perjanjian.


4. Nilai modal oleh individu/syarikat yang berminat menjadi pemodal kewangan ialah RM 1.5 juta.


5. Nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh RFC ialah ialah 50: 50 antara HPA dan Pemodal. Keuntungan berdasarkan untung bersih bulanan. Pemberian untung tertakluk untung-rugi perniagaan cawangan RFC terbabit.


6. Pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi. Jangkaan operasi; selewat-lewatnya lima bulan selepas perjanjian ditandatangani antara RFC dan individu/syarikat terbabit.


7. Penyata kewangan akan diserahkan kepada pemodal setiap bulan, khusus bagi cawangan yang terlibat dengan perkongsian yang membabitkan pemodal sahaja.


8. Pemilihan lokasi menjadi hak RFC untuk menentukannya. Namun pemodal boleh mengemukakan cadangan.


9. Tempoh perkongsian ialah lima tahun. Selepas lima tahun, bayaran balik modal akan dibuat oleh RFC kepada pemodal dalam tempoh tidak lebih enam bulan dari tarikh tamat perkongsian. Lanjutan perkongsian selepas itu bergantung kepada persetujuan semula kedua belah pihak dan dengan caruman modal baru yang ditetapkan oleh RFC.


10. Jika pemodal berhasrat menarik balik modalnya sebelum tempoh perkongsian tamat (iaitu 5 tahun), RFC hanya akan membuat bayaran balik dalam tempoh setahun dan tiada sebarang keuntungan akan diberikan kepada pemodal dalam tempoh bayaran balik itu (bermula dari tarikh pembatalan kontrak yang dipersetujui kedua belah pihak).


11. Akad Mudharabah terbina atas perkongsian untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat untung kerana modal yang ia keluarkan dan RFC (sebagai ‘Amil atau Mudharib) berhak mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankannya. Jika ditakdirkan urusniaga mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan RFC akan sama-sama menanggung kerugian; pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan RFC menanggung kerugian dari (bebanan masa dan kerja) pengurusannya.


12. Perjanjian perkongsian Mudharabah ini hanya tertakluk dengan cawangan RFC yang berkait dengan pemodal (yakni cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya). Oleh demikian, pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang RFC dari membuka cawangan-cawangan lain.


PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA






Sumber: Laman RFC

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan