Selasa, Jun 16, 2009

Minuman Herba HPA

Share


Saya gunakan ia sebagai penawar jaundis (demam kuning) kepada anak saudara yang baru lahir. Ia terbukti berkesan dengan izin Allah kerana bacaan asal adalah 227 menurun kepada 196 dan ke paras normal bawah 150, iaitu 133 dalam masa tiga hari amalan.
Ambil satu uncang dan rendam dengan air suam dalam besen mandi bayi. Pastikan airnya suam dan telah sebati dengan serbuk teh tadi. Jaramkan pada seluruh tubuh bayi anda, Insya Allah adalah penawarnya di situ.

Kuliah Perubatan JAWI 28 Jun 2009 di Ipoh

Share

Insya Allah kita akan sama-sama hadir pada KPJ yang bakal berlangsung di Ipoh pada 28.06.2009 ini. Mudah-mudahan ia akan berlangsung di HPA Cawangan Ipoh dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Isnin, Jun 15, 2009

Radix Diet

Share

Saya telah mencubanya dan mendapati ia sememangnya pahit. Saya memang suka rasa pahit tersebut dan ia datang dalam bungkusan 16g x 15 dalam satu bungkusan.

Kopi Master Radix Palsu

Share

Assalamualaikum.
Apa khabar saudaraku. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin berkongsipengalaman berkenaan dgn perkataan "RADIX". Pada 4 Jun 2009 saya ke sebuahrestoran di Tg Rambutan utk makan. Seperti biasa kopi Radix adalah minumanbiasa yg saya minum di kedai tersebut. Apabila minuman sampai, saya punminum seteguk. Wah rasanya tidak spt kopi Radix yg biasa. Lalu saya punbertanya kpd empunya kedai tersebut. Beliau mengatakan yg kopi radix telah ditukar kpd packing yg baru (disebabkan oleh berlakunya kopi radix tiruan,lalu HPA telah menukar packing supaya tidak boleh ditiru).
Saya pun mintaklah dgn tuan punya kedai nak tengok packing baru ygdinyatakan tu. Manalah tau mmg betul HPA dah tukar. Saya berasa terkejutapabila melihat packing kopi Radix tersebut (lihat attachment). Apabiladitanya siapakah yg membekalkan kopi tersebut, dia pun tak tahu. KatanyaCina yg hantar kat dia. Kilangnya bertempat di Taiping Perak.Macam-macam bangsa Cina lakukan utk menjatuhkan produk org Islam kita. Ygsedihnya org Melayu kita yg menjadi mangsa penipuan mereka.
Wallahualam.Sekian.
Mohd Khamli Bin Saroni
Sumber daripada HPAKPT

Rabu, Jun 03, 2009

Gelatin halal Halagel

Share


Halagel mengimport gelatin halal dari negara Pakistan yang seratus peratus dihasilkan oleh orang Islam. Ia digunakan dalam penghasilan produk softgel HPA.

BAGI umat Islam, mencari yang halal merupakan tuntutan Fardu Ain yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan.
Pemakanan, contohnya menjadi antara faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam membina dan melahirkan sebuah keluarga bahagia selaras dengan keperluan syarak.
Ini kerana melalui pengambilan makanan yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, ia boleh menyebabkan berlakunya kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan juga masyarakat.
Di samping itu, masyarakat juga harus peka dengan setiap kandungan atau bahan yang digunakan dalam setiap makanan yang dimakan bagi memastikan ia datang daripada sumber yang baik.
Menyedari hakikat itu, maka wujudlah Halagel (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk menyediakan produk halal untuk umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.
Ditubuhkan sejak tahun 1997, Halagel merupakan pengimport tunggal, pengeluar dan pengedar makanan halal dan gelatin gred farmaseutikal, kapsul gelatin halal dan gel lembut gelatin halal bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Syarikat itu juga membekalkan pelbagai produk pengguna seperti ubat gigi herba, garam batu boleh dimakan, kopi pracampuran dan gula-gula getah perasa buah.
Selain itu, mereka turut menawarkan produk-produk kesihatan seperti vitamin C tambahan dan produk nutraseutikal termasuk minyak kelapa dara, minyak habbatus sauda dan minyak ikan Omega-3.
Pengurus Besar Pemasaran Halagel (M) Sdn. Bhd., Muhammad Azhar Abdullah berkata, penubuhan Halagel bertitik tolak daripada memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan produk alternatif halal untuk masyarakat Islam.
"Alhamdulillah, usaha kami untuk menyediakan produk alternatif halal bagi kegunaan pengguna Muslim khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berjaya dilaksanakan.

"Ini termasuklah memperkenalkan gelatin halal yang diimport dari Pakistan dan telah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada tiga buah agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ulama Indonesia dan The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).
"Di Pakistan, semua pekerja di kilang yang mengeluarkan gelatin tersebut terdiri daripada orang Islam. Selain itu, gelatin yang dihasilkan itu pula menggunakan sumber tulang haiwan-haiwan halal seperti lembu, kerbau dan kambing.
"Paling penting, kesemua haiwan tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam," jelas Azhar ketika ditemui Kosmo! di pejabat Halagel cawangan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Menurutnya lagi, penentu status halal gelatin bergantung pada beberapa faktor. Antaranya termasuklah proses pengeluaran tidak bercampur dengan sumber atau gelatin daripada haiwan tidak halal, di samping kebersihan keseluruhan di kilang tersebut.
Beliau menjelaskan, memang ada kebanyakan kilang yang menghasilkan gelatin tidak menepati syarat yang ditetapkan untuk memproses gelatin halal.
Namun, disebabkan orang ramai tidak peka mengenai hal tersebut, maka tidak mustahil jika sebenarnya ada dalam kalangan pengguna Muslim telah termakan bahan yang diperbuat daripada gelatin yang tidak pasti sumbernya.
"Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana mereka tidak memahami dan menyedari perkara itu. Bagaimanapun, sebagai penganut agama Islam, kesedaran untuk memastikan makanan atau produk yang digunakan adalah halal harus ada dalam diri setiap individu," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, di sebalik penghasilan gelatin, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengeluar. Contohnya, ia mengambil masa di antara 60 hingga 80 hari untuk melengkapkan kesemua proses penghasilan gelatin.
"Tempoh waktu yang lama membuatkan pengeluaran gelatin halal agak terhad. Selain itu, adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal di kilang yang sama. Ini biasanya berlaku dalam kalangan pengeluar gelatin dari negara-negara Barat.
"Paling utama, sumber tulang atau kulit haiwan yang diperoleh datangnya dari banyak pusat sembelihan yang mempunyai cara sembelihan tersendiri. Masalah inilah yang menyebabkan gelatin yang mungkin digunakan datang daripada sumber yang tidak halal," jelas Azhar sambil berharap umat Islam lebih berhati-hati dalam hal ini.
Halagel kini telah pun mempunyai kilang memproses kapsul gelatin halal dan kilang kapsul lembut (softgel) untuk penggunaan dalam industri farmaseutikal.

Gelatin miliki multifungsi

Share








Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri.

IA dihasilkan melalui proses hidrolisis daripada kulit, tulang dan usus haiwan mamalia seperti babi, lembu atau kerbau. Justeru, gelatin merupakan protein tulen yang dianggap sebagai bahan paling ajaib di dunia.
Ini kerana boleh dikatakan, tanpa gelatin kehidupan kita tidak akan lengkap kerana bahan ini mempunyai pelbagai fungsi yang sukar dinafikan kehebatannya.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Makanan dan Teknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jamilah Bakar, keunikan fungsi gelatin menyebabkan ia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bahan lain di dunia.
"Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri.
"Contohnya dalam industri makanan, gelatin digunakan untuk berfungsi sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, egen pembuih, penahan lembapan, pembaik tekstur dan egen pengikat yang menjadikan sesuatu makanan kelihatan dan dilihat lebih baik.
"Oleh itu, tanpa gelatin sesetengah produk mungkin tidak dapat dihasilkan," kata Jamilah mengenai kehebatan gelatin ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Beliau telah menjalankan kajian ke atas gelatin yang diekstrak daripada sisik ikan patin sejak sembilan tahun lalu dan masih meneruskannya sehingga hari ini.
Berdasarkan sejarah, gelatin telah digunakan oleh manusia sejak beratus-ratus tahun lalu dalam aspek pemakanan di negara-negara Eropah.
Namun, seiring dengan peredaran zaman, kegunaan gelatin juga telah diperluaskan ke dalam industri tertentu seperti farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan dan sebagainya.
"Ini kerana gelatin merupakan bahan semula jadi yang tidak terjejas dengan apa juga suhu. Sama ada dalam suhu yang paling sejuk di bawah paras negatif darjah celsius hinggalah pada suhu paling panas, ia langsung tidak terkesan.
"Sebab itulah, jika sesuatu bahan dicampurkan gelatin, ia akan sentiasa kekal seperti sewaktu dibeli. Contoh paling mudah ialah aiskrim. Jika tiada gelatin, aiskrim tersebut akan mudah cair dan teksturnya bertukar menjadi kasar apabila melalui proses dikeluar dan dimasukkan ke dalam peti sejuk berulang kali.
"Dengan penggunaan gelatin di dalam aiskrim, ia akan menjadi agen pembaik tekstur dengan memekatkan aiskrim agar lebih tahan lama dan sedap dimakan," ujar Jamilah sambil menambah gelatin mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol walaupun diambil dalam jumlah yang banyak.

Selain daripada aiskrim, barang makanan yang biasa menggunakan campuran gelatin adalah jeli, coklat, gula-gula lembut, marshmallow, toffee, gula-gula getah, yogurt, keju, mentega dan produk daging.
Bagi industri farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras, kapsul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan manakala dalam industri kosmetik pula, ia termasuklah produk penjagaan kulit, alat solek, pengilat kuku dan krim muka.
Tidak ketinggalan, industri fotografi turut menggunakan gelatin dalam menghasilkan filem gambar, kertas cetak, filem x-ray dan sebagainya. Sementara itu, penggunaan gelatin juga melibatkan industri teknikal dan sukan seperti pengeluaran kertas, pembuatan kotak, mancis dan paintball.

Dalam pada itu, Prof. Abd. Karim Alias, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah dari Fakulti Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata, terdapat dua jenis gelatin yang dihasilkan di seluruh dunia iaitu jenis A dan B.
"Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan porsine atau tidak halal iaitu babi. Gelatin jenis ini diproses menggunakan asid dan ia boleh menghasilkan kuantiti gelatin yang banyak dan berkualiti.
"Untuk gelatin jenis B pula, ia diproses menggunakan alkali atau air kapur dan menggunakan sumber tulang serta kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.
"Bagaimanapun, gelatin yang dihasilkan daripada haiwan-haiwan ini agak sedikit kuantitinya berbanding dengan babi. Justeru, masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam adalah bagaimana mengetahui produk gelatin yang digunakan itu halal atau tidak?
"Ini merupakan persoalan penting yang harus diteliti kerana kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa adakah gelatin yang digunakan itu disahkan halal atau sebaliknya memandangkan kita kurang mengambil berat mengenai masalah tersebut," jelas Abd. Karim.
Tambahnya, sehingga kini Malaysia masih belum dapat menghasilkan gelatin sendiri. Semua gelatin yang ada merupakan produk yang diimport dari luar negara.
Justeru, dengan peningkatan populasi umat Islam hari ini, permintaan terhadap gelatin halal juga perlu diutamakan.
"Harus diingat, jika sumber gelatin diambil daripada haiwan halal seperti lembu, kerbau atau kambing, tetapi cara penyembelihan haiwan tersebut tidak menepati syariat Islam, ia tetap daripada sumber yang haram," jelas Abd. Karim yang banyak menjalankan kajian menghasilkan gelatin dari sumber lain seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan.
Apa yang membuatkan gelatin begitu istimewa ialah ia mengandungi 84 hingga 90 peratus protein tulen, lebih kurang dua peratus garam mineral dan selebihnya adalah air.
Disebabkan kandungannya itulah, maka gelatin tidak mempunyai kolesterol dan bahan pengawet atau aditif berbanding dengan agar-agar, gam Arab dan gam locus yang mengandungi karbohidrat.
Antara nama gelatin yang biasa digunakan pada label sesuatu produk adalah gelatin, gelatin halal, bovin gelatin, gum base, pengemulsi, penstabil dan E441.
Proses untuk menghasilkan gelatin mengambil tempoh yang agak lama. Terdapat tujuh langkah yang perlu dilakukan sebelum gelatin berjaya dihasilkan iaitu proses pra-rawatan, direndam dalam asid atau alkali, diekstrak, pembersihan, kawalan kualiti, pensterilan dan pengeringan.
Kesemua langkah itu mengambil masa 60 hingga 80 hari untuk menghasilkan satu lot gelatin.

Rabu, Mei 13, 2009

Serbuk Tanah Liat Putih

Share


Tanah liat putih dalam bentuk debu halus.Tanah ini digunakan untuk pelbagai kegunaan dan ia tidak beracun malah menjadi bahan untuk mengeluarkan racun dalam badan. Jika debu ini dimasukkan sedikit ke dalam tepung untuk menggoreng pisang ia akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Perawatan untuk cirit-birit, santau (keracunan makanan) atau orang yang muntah darah tiba-tiba, diberikan air tanah liat putih ini. Bagitu juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan ketagihan dadah. Banyak lagi kegunaannya....Dalam HPA produk dari tanah liat terdapat dalam tiga bentuk iaitu : body scrub, sabun clay dan serbuk tanah liat halus. Produk yang baru ialah dari debu tanah tanah liat dengan pakaging...
Sumber: HPA Setiu

Pencuci Lantai dan Tandas Merbau dan Angsana

Share



Alhamdulillah kita telah berjaya mengeluarkan pencuci lantai dan tandas tanpa SLS dan dari sumber alami. Ia datang dalam bentuk cairan dan bukan berbentuk seperti pencuci tandas yang ada di pasaran kerana ia tidak dikeluarkan dalam bentuk muncung itik.

Kepada yang suka kepada bau yang harum, bolehlah mendapatkan pencuci lantai Merbau kerana ia dijamin suci, halal dan bersih untuk kita gunakan di atas lantai rumah kita dan di mana-mana sahaja. Wallahualam.

Selasa, Mei 12, 2009

MIHAS 2010

Share


Pada pendapat saya, jika HPA dapat membawa RFC sebagai gerainya di MIHAS 2010, saya pasti dengan izin Allah, sambutan pasti akan memberangsangkan. Ini dilihat pada sebuah gerai dari sebuah syarikat antarabangsa yang mendapat sambutan hangat pada MIHAS 2009 lalu. Semoga usaha untuk memartabatkan industri halal akan menemukan jalan jaya. Insya Allah!

Anak Syarikat HPA

Share



Ini adalah sebahagian daripada anak syarikat milik HPA dan ia bakal bertambah dari semasa ke semasa dengan peluasan pasaran ke peringkat antarabangsa. Insya Allah!

Ahad, Mei 10, 2009

Jem Roselle Madu

Share


Ini adalah keluaran baru syarikat HPA yang ternyata memang sedap, lembut dan berbaloi untuk dimakan bersama roti. Ia berkhasiat kerana kaya dengan Vitamin C yang baik untuk anti penuaan , anti kanser , stress , selsema dan lain-lain lagi

MIHAS 2009

Share

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk mengunjungi MIHAS di MATRADE MECC berhampiran Jalan Duta pada 09.05.2009 iaitu hari pertama ia dibuka untuk orang awam. Gerai HPA terletak di Lot F127 dan F128 dan ia menghidangkan air mangga, koko dan kopi Radix sebagai tarikan pengunjung. Saya dapati air Radix Oren 1.5l telah habis dijual dan ketika saya sedang meneliti barangan yang dipamerkan di situ, ada seorang Cina yang merupakan salah seorang peserta pameran telah membeli Jus Kurma HPA. Ini antara bukti betapa ia juga telah diterima oleh pelbagai kaum di Malaysia, tidak terhad kepada satu kaum sahaja.

Mudah-mudahan pada MIHAS 2010 yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010 nanti akan menyaksikan gerai HPA lebih gah lagi sejajar dengan imej sebagai sebuah MLMS yang terulung di Malaysia dan dunia, Insya Allah!

Rabu, Mei 06, 2009

Mega-3 Kapsul

Share


Omega-3 Softgel merupakan nutrisi tambahan, mengandung asam lemak O-Mega 3 (EPA: Eicosa Pentaenoic Acid, DHA: Docosa Hexaenoic Acid dan LLA – Linolenic Acid), asam amino komplek, vitamin dan mineral.
EPA dapat mencegah:
• Kanser • Trombosit (pembekuan darah)
• Atherosklerosis (pembekuan lemak dalam pembuluh darah)
• Plasma Lipid yang berlebihan
• Penyakit jantung DHA berfungsi:Membantu meningkatkan daya imajinasi atau daya ingat pikiran Manfaat lain dari O – Mega 3:
• Mencegah radang sendi (Rheumatoid Arthritis)
• Mencega asma
• Kesihatan ibu setelah melahirkan
• Meningkatkan kesuburan (fertility)
• Mencegah serangan kanser (payudara, usus, pankreas, prostat).
• Mencegah penyakit kulit, migrain, kesemutan, dingin di kaki dan tangan.
• Menjaga penglihatan agar senantiasa cerah
• Mencegah dari sakit jantung akibat penyumbatan (Artherosklerosis) dan darah tinggi.
Komposisi: Setiap Softgel mengandung:« 500 mg (12% DHA dan 18% EPA)

Penjenamaan RADIX

Share






Alhamdulillah kita telah berjaya setapak lagi dengan memperkenalkan bungkusan baru sekaligus menaikkan lagi jenama RADIX di pasaran Malaysia dan dunia. Bungkusan baru ini kelihatan lebih menarik dan ia direka mengikut peredaran zaman kini sejajar dengan perkembangan HPA sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Mudah-mudahan dengan penjenamaan baru ini akan menggiatkan dan memberikan lagi semangat buat semua warga HPA dalam memartabatkan lagi industri halal ini. Insya Allah!

Isnin, Mei 04, 2009

Mendidik Anak Mengenal Makanan Halal

Share

Allah Swt. berfirman:

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kalian yang nyata." (QS al-Baqarah [2]: 168).

Makan adalah keperluan jasmani yang harus dipenuhi. Halal dan baik (halallan thayyiban) merupakan syarat utama saat kita menghidang makanan. Kerana itu, mengetahui makanan halal sangat penting; tidak hanya bagi orangtua, yang bertugas menyediakan makanan untuk anak-anak, tetapi juga bagi anak-anak. Mereka harus mulai dikenalkan dengan makanan halal atau haram agar lebih berhati-hati saat menggunakannya. Bagaimana mengenalkan makanan halal dan haram kepada anak? Tulisan berikut akan memberikan beberapa panduan.

1. Mengenalkan label halal. Usahakan untuk selalu membeli makanan yang sudah mendapatkan pengesahan halal dari mulai makanan ringan, jajanan (makanan ringan) anak-anak sampai memilih gerai makan ketika akan bersantap dengan keluarga. Label halal yang bertulisan jawi HALAL biasanya di tampal di dinding premis. Terdapat juga yang menampal lesen sijil halal dari JAKIM di dinding, namun perlu juga kita perhatikan tarikh yang tercatat pada sijil tersebut.

2. Mengenalkan kandungan makanan. Ajari anak-anak untuk mengamati setiap kandungan makanan yang tertera pada bungkusan atau bekas makanan. Jika di dalamnya mengandung bahan yang meragukan, seperti gelatin, misalnya, pastikan bahawa yang tercatat adalah gelatin yang berasal dari sapi. Gelatin biasanya terdapat pada makanan yang lembut dan sedikit kenyal, seperti permen lunak, ais krim, dan puding. Tiga jenis makanan ini termasuk makanan utama anak-anak. Kerana itu, dengan mengenalkan komposisi kandungan, anak-anak terdidik untuk berhati-hati sebelum mengkonsumsi makanan.

3. Memperlihatkan poster barang haram.Poster anti dadah, misalnya, boleh kita lihat dimana-mana; di berbagai media (massa/elektronik) atau di jalan-jalan raya. Gunakan sarana itu untuk mengenalkan kepada anak makanan yang haram, di antaranya kandungan dadah atau alkohol berikut boleh menimbulkan pelbagai bahaya yang ditimbulkan. Dadah dapat mengganggu kesihatan, melemahkan perasaan dan merosak moral serta menghancurkan generasi. Dengan memperlihatkan poster semacam itu, anak-anak telah dididik sedari kecil untuk mewaspadai makanan/zat yang haram.

4. Menunjukkan makanan yang haram saat Berbelanja.Sekali waktu, ajaklah anak berbelanja di pasar atau supermarket. Jika ada makanan haram yang di jual di sana, tunjukkanlah kepada mereka. Amatilah baik-baik, misalnya, perbezaan antara daging sapi dan babi; mulai dari warna, tekstur dan sebagainya yang menunjukkan perbezaan itu. Selain daging segar, kepada anak-anak juga boleh diperlihatkan beberapa makanan yang mengandung bahan khindzir. Selain makanan, anak juga boleh dikenalkan dengan minuman-minuman beralkohol yang haram dikonsumsi, yang biasanya dijual di supermaket besar; seperti macam-macam bir atau minuman haram lainnya. Tekankan kepada anak-anak bahawa semua itu dilarang oleh Islam dan haram untuk dikonsumsi.

5. Mengunjungi pameran produk halal.Jika ada kesempatan, ajaklah anak-anak mengunjungi pameran produk halal. Di tempat pameran akan disajikan makanan dan minuman yang biasanya sudah mendapat sijil halal. Anak akan menjadi lebih tahu, ternyata tidak sedikit makanan halal yang boleh mereka makan/minum. Anak juga boleh bertanya langsung kepada orang-orang yang menjaga setiap gerai/booth sekaligus meminta penjelasan tentang produk makanan yang dipamerkan. Dengan cara itu, anak-anak terbiasa memperhatikan makanan halal dan makin menyedari betapa pentingya soal ini.

6. Membacakan ayat dan hadis.Mengenalkan makanan halal dan haram juga boleh dilakukan dengan mengenalkan dalil-dalil tentang makanan yang bersumber dari al-Quran atau Hadis Rasulullah saw. Ajaklah anak untuk membaca, mengkaji dan kalau mungkin menghafalkan ayat-ayat dan hadis tersebut. Contohnya ayat berikut:Diharamkan atas kalian (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembilih atas nama selain Allah; yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang kalian sempat menyembelihnya; dan (diharamkan atas kalian) binatang yang disembelih untuk berhala. (QS al-Maidah [5]: 3).Contoh lain adalah sabda Rasulullah saw. berikut:Tidak akan masuk surga siapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram. Neraka lebih utama untuknya. (HR Ahmad).

7. Menanamkan kehalalan melalui cara mendapatkannya.Selain panduan di atas, penting juga diajarkan kepada anak, bahawa makanan yang halal tidak hanya dilihat dari zatnya saja, tetapi juga cara memperolehnya. Makanan yang zatnya halal, tetapi didapat dengan cara yang haram, menjadi haram juga. Misal, ayam goreng yang halal dimakan, jika didapat dengan cara mengambil bekal temannya saat makan tengahari di sekolah, menjadi haram. Dengan cara ini, anak juga dididik sedari kecil untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang halal. Dengan begitu, bibit-bibit korupsi dan tindak tanduk kejahatan menyangkut harta lain dengan cara ini sesungguhnya sudah dibanteras mulai dari akarnya.

8. Mengenalkan makanan halal melalui kegiatan makan bersama.Cara lain yang cukup efektif mengenalkan makanan halal kepada anak-anak adalah saat makan bersama. Sebelum acara makan dimulai, ajaklah anak-anak mengamati makanan masing-masing. Selain dari kandungan gizinya dan manfaatnya untuk pertumbuhan anak, jelaskan juga sisi kehalalan. Tanamkan rasa syukur dengan makanan yang sudah tersedia, sekaligus juga ajarkan tentang adab makan dan minum sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw.: membaca doa sebelum makan, menggunakan tangan kanan, tidak berbicara saat makan, tidak mencela makanan dan sebagainya.

9. Menunjukkan makanan haram melalui televisyen.Mengenalkan makanan haram kepada anak, selain boleh dilakukan secara langsung juga dapat melalui media, misalnya televisyen. Di filem-filem biasanya terdapat adegan orang yang mabuk kerana meminum minuman beralkohol. Sampaikan bahawa khamar (minuman beralkohol) haram diminum. (Lihat: QS al-Maidah [5]: 90).

10. Mengikuti perkembangan info halal.
Sentiasa dapatkan info dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan laman web JAKIM mengenai status halal sesuatu produk.

Dialog Iblis dengan Rasulullah SAW

Share

Kepada sahabatku semua..... ambilah pengajaran dari peristiwa di bawah ini.

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.

Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw.

Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras" Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba?

Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga.
Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba.
Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.
Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup"

Semoga dapat berfaedah dan pengajaran kepada kita semua.

Ahad, Mei 03, 2009

Minyak But But

Share

Saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan MBB.

Pada satu hari saya telah mengalami cirit birit dan pada mulanya hanya menyapukan pada perut. Tetapi, ia tidak bertahan lama. Saya telah mengambil beberapa titisan MBB lalu dimasukkan dalam dalam secawan air suam dan dikacau menggunakan sudu plastik mengikut arah lawan jam dan membaca selawat dan Ummul Kitab dan Basmallah lalu saya minum dengan penuh yakin dan tidak lama kemudian perut saya kembali normal.

Begitu juga kesan ke atas luka dan percikan minyak masak amat sesuai digunakan dan pelbagai lagi kebaikan MBB yang akan dikongsi bersama pada siri lain. Wallahualam.

Selsema Babi dan Serbuk Tanah Liat

Share

Wabak influenza (H1N1) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.

Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.

Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-

1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air

2. Tujuan menyamak -

3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.

4. demam panas - sama spt diatas dan disapu di bahagian kepala

5. ketagihan dadah - minum

saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.

Sumber: Blog PU HPA

Sabtu, Mei 02, 2009

Sate Organik

Share

Kelazatan sate organik HPA memang tidak dapat disangkal lagi. Harga yang sangat berpatutan dengan mutu dan kelazatannya. Insya Allah...

Centella White

Share

Ini adalah set kosmetik HPA yg mengandungi 7 produk di dalamnya.

Rukun Penyembuhan

Share

Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan tersebut supaya mendapat hasil optimal dan khasiat herba yang diambil. Rukun Penyembuhan tersebut adalah

Keyakinan

Amalan yang berterusan

Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)

Dosis yang mencukupi.


1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

4. DOSIS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Sampaikanlah ilmu ini kepada mereka yang mengamalkan produk herba HPA khususnya.

Perubatan JAWI

Share

Sejarah Perubatan JAWI

Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tn. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.

Tn. Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.

Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.
Pengertian Perubatan JAWI

Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Perkataan JAWI merujuk kepada:

J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.
A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.
W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.
I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.


Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W:
“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.

DOA –> ILMU –> TAWAKAL

Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dating daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).

Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.

Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu:

1. Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).2. Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.3. Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.4. Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.5. Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.6. Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.

SEBUAH KEJUJURAN…”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

1. Bekam (Al-Hijamah)
2. Akupunktur
3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
4. Urut Refleksologi
5. Urutan Limfatik

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Boikot Israel dan Amerika

Share

Pulaukan barangan mereka agar tidak lagi menjadi kuat dari segi ekonominya

Pasaraya Tesco Milik Yahudi

Share


Sejarah Sir Jack Cohen adalah pengasas Tesco pada tahun 1924. Selepas berkhidmat dalam angkatan tentera sewaktu Perang Dunia Pertama, beliau telah memulakan perniagaannya dengan menjual barangan dapur di pasar London East End pada tahun 1919.Jenama barangan Tesco mula muncul pada paket teh pada tahun 1920an., sempena nama T.E Stockwell, pembelak teh dan dua perkataan pertama nama Cohen. Kedai Tesco pertama dibuka pada tahun 1929 di Burnt Oak, Edgware.
Pada tahun 1947, Tesco Stores Holdings Ltd telah diapungkan dalam pasaran saham dengan harga saham 25p. Harga pada Mac 2001 adalah sekitar 260p. Selepas perang Dunia II, Jack Cohen membuka Kedai Layan Diri Pertama Teo di St. Albna spada tahun 1948 dan tidak lama kemudian iaitu pada tahun 1956 beliau membuka supermaket layan diri pertama di Maldon.
Sehingga tahun 1960an, Tesco telah menjadi nama yang tidak asing lagi dalam membekalkan barangan dapur, makanan segar, pakaian dan barang-barang kegunaan rumahtangga. Tesco disenaraikan dalam Guinness Book of Record pada tahun 1961 apabila ia membuka kedai paling besar di Eropah iaitu di Leicester. Pada tahun 1970an, Tesco telah menjadi satu nama yang besar.
Di antara tahun 80an dan 90an syarikat telah melebarkan sayapnya dalam perniagaan dengan memperkenalkan konsep membeli belah yang inovatif seperti stesen petrol, pemakanan kesihatan, membuka Tesco Metro yang pertama diikuti dengan Tesco Express, memperkenalkan loyalty Car, home sopping, Jualan langsung Tesco,Tesco Babyhub dan banyak lagi.
Tesco International. Pada tahun 1990an Tesco memulakan langkah memperluaskan lagi operasi mereka di luar Britain.
Kedai pertama Tesco diluar Britain adalah di Hungary pada tahun 1994. Seterusnya Tesco membuka kedai-kedainya di Poland, Slovakia, Republik Czeck dan Republik Ireland.
Di Asia, Tesco melebarkan sayapnya di Taiwan, Thailand, Korea Selatan dan sekarang di Malaysia. Tesco Malaysia.
Malaysia merupakan pasaran yang sesuai untuk Tesco kerana ia menawarkan kestabilan politik, dengan majorit penduduk adalah dalam kumpulan pertengahan dan hidup selesa. Rakan kongsi syarikat tempatan adalah Sime Darby, dan Tesco Stores Malaysia telah diwujudkan pada tahun 2000 dan penyelidikanpun bermula.
Berdasarkan objektif Tesco International, hypermarket ini akan menawarkan 86,000 jenis barangan makanan juga barangan bukan makanan. Tesco menjual jenamanya dan memiliki barangan yang berjenama Tesco yang dianggarkan berjumlah 2,000 barangan berlabelkan Tesco setiap tahun.
Sir jack Cohen Satu satu nya keluarga JEWISH (YAHUDI) yang terkemuka di Europe (Britain), the Cohen famiy holds majority share of their company TESCO. Cohen family listed in Top500 richest family in Britain, main contributor and fund raisers for Israel & Jewish Communities around Europe. The company TESCO - ranks 111 in the Fortune Global 500 list of the world's biggest companies (source: BBC publications)
So kepada semua warga Islam terutama yang tinggal di kawasan Puchong, Melaka "TOLONGLAH JANGAN BELI" barangan company kepunyaan Yahudi yang terbesar dan terkemuka di dunia itu......company ini juga yang telah dan akan contribute wang/harta untuk Israel membeli weapons to kill the Palestinian Muslims dan juga Muslims everywhere.
Ingat setiap ringgit dan sen yang anda belanjakan di TESCO akan digunakan untuk membunuh dan menindas saudara yang seagama dengan anda.

Coca Cola dan F&N

Share




Inilah rancangan Yahudi Laknatullah yang berjaya menipu orang-orang Islam dan merosakkan iman dan aqidah dengan menjual benda yang haram lagi kotor.

PEPSI

Share

Boikot Barang dan Produk Amerika dan Israel

Tindak kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestin telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam. Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka minimal lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."

Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk merespon tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestina. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Dosen Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain.

Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, seputar wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Serikat. (Untuk Disampaikan kepada seluruh insan yang empunyai hati nurani.)

Pernah dengar maksud yang tersirat di sebalik nama"PEPSI"? Kalau belum, disini ana ingin menjelaskan serba sedikit tentang minuman bekarbonat ini..."PEPSI" - P : PAY, E : EVERY, P : POUND, S : SAVE, I : ISRAEL Masya-Allah.. Sungguh mengharukan, rupa-rupanya dia gunakan minuman untuk meruntuhkan Negara Palestin dan "Baitul Maqdis". Jadi sama-sama lah kita pulaukan minuman ini...

Radix Oriental Cuisine

Share



Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) telah pun memulakan operasi sepenuhnya pada 4 Mac 09 dan kehadiran pelanggan diluar jangkaan walaupun belum ada sebarang promosi atau hebahan rasmi. Moga-moga usaha kerdil yang kita lakukan ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan ummah akan diberkati, diredhai Allah dan dikira sebagai amal soleh disisi-Nya. Amin.

Sebanyak 40 jenis masakan dihidangkan di Restoran ROC. Keenakan masakan berkonsepkan ‘Chinese Food’ ini berjaya menarik penggemar masakan itu dari kalangan kaum Tionghua yang berada di sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Boleh dikatakan setiap malam selepas Maghrib, ROC mula dipenuhi dengan pelanggan. Pekerja tak menang tangan melayan setiap kehendak dan cita rasa pelanggan. Ada juga pelanggan berbangsa Tionghua yang berkunjung ke sini semata-mata ingin menikmati masakan di ROC.

Menurutnya masakan di ROC berbeza dengan restoran lain kerana rasanya yang unik dan lazat. Ada kelainan dengan masakan di restoran Cina yang lain. Rasa masakan di ROR seakan-akan campuran antara masakan Cina dan Melayu. Selain itu harganya juga berpatutan. Ikan siakap dan kerapu yang dimasak benar-benar segar di samping sup sayur dan cendawan yang dihidangkan sangat sedap, katanya lagi.

Kepada ahli-ahli HPA yang belum lagi berkunjung ke ROC, silalah ke sana dan anda akan dapat menikmati keenakan dan kelazatan masakannya.

Lokasi ROC sebaris dengan RFC Sg Petani.

Waktu operasi 11.30 pagi - 3 petang, 6 petang - 11.30 malam.

No Tel : 04-4484715 Faks : 04-4484716

Sumber: http://pjskpu.radix2u.com/ dan http://bizdevhpa.blogspot.com/

Radix Organic Recipe

Share





Restoran Radix Organic Recepies (ROR) telah pun memulakan operasinya bersebelahan Hotel El-Zahraa Inn Sungai Petani. Menu utama yang dihidangkan ‘Radix Chicken Rice’ atau nasi ayam Radix telah banyak mendapat pujian pelanggan-pelanggan yang hadir. Para pelanggan juga boleh mencuba minuman-minuman HPA yang di ‘ice-blended’kan seperti Radix ice-blended, Koko ice-blended dan lain-lain lagi.

Selepas RFC, dijangka ROR akan diperkenalkan keseluruh negara dengan kos yang tidak terlalu tinggi seperti RFC. Walau apapun datang dulu menikmati hidangan di restoran kita bersama sebelum bercadang atau mencadangkan agar ia dibuka ditempat tempat yang lain. HPA juga sentiasa tidak melupakan para pengedar dengan nilai mata (NM) yang tetap disediakan sama seperti RFC. InsyaAllah.

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Mengenai ROC:
Terima Kasih kepada pengunjung ROR
Kemunculan RFC telah jenuh diperkatakan orang apatah lagi warga HPA yang melihat peniagaan ini sebagai pentas perjuangan mereka.Mereka bangga dengan pencapaian ini. Walaupun bagi ahli yang jauh seperti di Sabah dan Sarawak , mereka turut mengirim sms tidak henti-henti mengucapkan tahniah pada HPA.

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan