Rabu, Mei 13, 2009

Serbuk Tanah Liat Putih

Share


Tanah liat putih dalam bentuk debu halus.Tanah ini digunakan untuk pelbagai kegunaan dan ia tidak beracun malah menjadi bahan untuk mengeluarkan racun dalam badan. Jika debu ini dimasukkan sedikit ke dalam tepung untuk menggoreng pisang ia akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Perawatan untuk cirit-birit, santau (keracunan makanan) atau orang yang muntah darah tiba-tiba, diberikan air tanah liat putih ini. Bagitu juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan ketagihan dadah. Banyak lagi kegunaannya....Dalam HPA produk dari tanah liat terdapat dalam tiga bentuk iaitu : body scrub, sabun clay dan serbuk tanah liat halus. Produk yang baru ialah dari debu tanah tanah liat dengan pakaging...
Sumber: HPA Setiu

Pencuci Lantai dan Tandas Merbau dan Angsana

Share



Alhamdulillah kita telah berjaya mengeluarkan pencuci lantai dan tandas tanpa SLS dan dari sumber alami. Ia datang dalam bentuk cairan dan bukan berbentuk seperti pencuci tandas yang ada di pasaran kerana ia tidak dikeluarkan dalam bentuk muncung itik.

Kepada yang suka kepada bau yang harum, bolehlah mendapatkan pencuci lantai Merbau kerana ia dijamin suci, halal dan bersih untuk kita gunakan di atas lantai rumah kita dan di mana-mana sahaja. Wallahualam.

Selasa, Mei 12, 2009

MIHAS 2010

Share


Pada pendapat saya, jika HPA dapat membawa RFC sebagai gerainya di MIHAS 2010, saya pasti dengan izin Allah, sambutan pasti akan memberangsangkan. Ini dilihat pada sebuah gerai dari sebuah syarikat antarabangsa yang mendapat sambutan hangat pada MIHAS 2009 lalu. Semoga usaha untuk memartabatkan industri halal akan menemukan jalan jaya. Insya Allah!

Anak Syarikat HPA

Share



Ini adalah sebahagian daripada anak syarikat milik HPA dan ia bakal bertambah dari semasa ke semasa dengan peluasan pasaran ke peringkat antarabangsa. Insya Allah!

Ahad, Mei 10, 2009

Jem Roselle Madu

Share


Ini adalah keluaran baru syarikat HPA yang ternyata memang sedap, lembut dan berbaloi untuk dimakan bersama roti. Ia berkhasiat kerana kaya dengan Vitamin C yang baik untuk anti penuaan , anti kanser , stress , selsema dan lain-lain lagi

MIHAS 2009

Share

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk mengunjungi MIHAS di MATRADE MECC berhampiran Jalan Duta pada 09.05.2009 iaitu hari pertama ia dibuka untuk orang awam. Gerai HPA terletak di Lot F127 dan F128 dan ia menghidangkan air mangga, koko dan kopi Radix sebagai tarikan pengunjung. Saya dapati air Radix Oren 1.5l telah habis dijual dan ketika saya sedang meneliti barangan yang dipamerkan di situ, ada seorang Cina yang merupakan salah seorang peserta pameran telah membeli Jus Kurma HPA. Ini antara bukti betapa ia juga telah diterima oleh pelbagai kaum di Malaysia, tidak terhad kepada satu kaum sahaja.

Mudah-mudahan pada MIHAS 2010 yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010 nanti akan menyaksikan gerai HPA lebih gah lagi sejajar dengan imej sebagai sebuah MLMS yang terulung di Malaysia dan dunia, Insya Allah!

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan