Isnin, Oktober 04, 2010

Sekitar Majlis Perasmian Menara HPA International Centre dan HPA Halal Mall

Share
























Alhamdulillah, kini Menara HPA International Centre dan HPA Halal Mall telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad pada 02 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431.

Terdapat pelbagai gerai yang menyertai majlis tersebut dan yang pasti gerai RFC dan RCH yang paling mendapat sambutan kerana menyediakan Ayam Goreng, Nasi Ayam dan Sate serta pelbagai menu yang lain. Tidak ketinggalan gerai Aiskrim Toyyibah yang menjual aiskrim dalam bekas kecil yang telah mula dipasarkan.

KoWahida juga membuka peluang untuk ahli baharu dan ahli lama untuk mendaftar dan menambahkan saham. Terdapat juga produk baharu seperti set makan malam dan set minum petang dijual di sana.

Mudah-mudahan dengan adanya HPA Halal Mall ini dapatlah warga Shah Alam membeli belah tanpa perlu was-was lagi. Terdapat kedai buku, kedai produk penjagaan kulit, kedai busana, pasar sejuk beku, pasar basah dan juga pasar kering untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Insya Allah!
02

03
04 17 18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan