Jumaat, Jun 25, 2010

Bertiup angin beralihlah awan

Share



Siapa yang cadang ni? tanya salah seorang pekerja yang bertugas hari itu. "doktor!"katanya. Doktor yang cadangkan? tanya pekerja lagi . "Ya" katanya yakin sekali. Memang benar itu tulisan doktor dari sebuah klinik yang berdekatan. Ubat malac dan Teh herba untuk batu karang.

Hal ini biasa sahaja kalau datang dari ahli-ahli HPA tetapi inilah pertama kali cawangan menerima pesakit yang meminta ubat dari cadangan seorang doktor. Tahniah pada doktor yang berani memberikan ubatan herba.

Sumber: Blog JAWI Med Herbs

Keistimewaan menjadi ahli HPA

Share




1. Yuran keahlian RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) sekali seumur hidup. (Kit Niaga)

2. Kit ini boleh dibeli melalui Pengedar Bertauliah HPA, Stokis HPA, Stokis Daerah HPA, Pusat Jualan HPA, Pusat Agensi HPA, HPA Halal Mart atau Cawangan HPA yang berhampiran

3. Katalog berjilid

4. Perniagaan ini boleh diwarisi (Boleh letak nama pewaris untuk bonus jika ahli tersebut meninggal dunia)

5. Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA

6. Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%

7. Mendapat nilai mata untuk pengiraan bonus bulanan semasa berbelanja di rangkaian premis makanan dan minuman RFC, RCH, ROC, ROR, RPH, RBH, agensi pelancongan HPA Ilham Holidays, El Zahraa Inn dan pelbagai lagi gedung niaga milik HPA yang akan datang

8. Bonus dibayar secara bulanan melalui cek dalaman atau cek Bank Islam atau dikreditkan terus ke akaun Bank Islam pengedar bertauliah

9. Peluang menambah ilmu perawatan seperti Bekam, Akupunktur, Refleksologi, Kiropraktik, Ilmu Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan, Iridologi (Anak Mata), Lidah, Denyutan Nadi, Kursus Sijil Herbalis, Kursus Pembetulan Tulang Belakang, Herbalogi dan Pengubatan Cara Nabi dan lain-lain

10. Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses

11. Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25% (Ke arah mewujudkan Bank HPA)

12. Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA

13. Dapat bersama-sama memartabatkan ekonomi Muslim

14. Menjadi pengamal barangan yang suci, halal dan toyyibah (Dipantau oleh Panel Syariah HPA di samping mendapat sijil Halal oleh JAKIM)

15. Keperluan harian daripada hujung rambut ke hujung kaki dan keperluan rumah boleh di dapati

16. Rangkaian niaga yang luas dengan lebih daripada 600,000 ahli di Malaysia

Khamis, Jun 24, 2010

Jualan Termurah Produk Berkualiti Berkonsepkan MLMS

Share

Kami akan mempertimbangkan jualan temurah dari produk yang berkualiti menyamai pasaran semasa tetapi memakai konsep peniagaan MLM. Inilah juga yang akan diujudkan sebuah pasaraya yang berkonsepkan untung-untung dengan semua produk dijual dengan sistem MLM. Tunggulah kehaziran pertama di HPAIC 2 Oktober 2010.InsyaAllah.

Peta Bandar HPA Seluruh Semenanjung Malaysia

Share

Sebagai menjadi panduan kepada para peminat dan pengguna setia produk halal HPA untuk mencari lokasi sebahagian besar premis niaga HPA di seluruh Semenanjung Malaysia


Lihat HPA City dalam Peta Google

Selasa, Jun 22, 2010

Set 3D (D'Det, D'Deu dan D'Karm)

Share

El Zahraa Inn

Share

El Zahraa Inn Sungai Petani


Sebuah penginapan bercirikan Islamik telah berjaya dibina oleh HPA. Seni reka Timur Tengah menjadi asas kepada pembinaannya. Hotel tersebut sememangnya cantik apatah lagi hati merasa tenang dengan mendengar ayat suci Al Quran ketika berada di dalamnya.

Kadar yang berpatutan juga menjadi penyumbang kepada kebanjiran tetamunya. Kadar bermula daripada RM90.00 hingga ke RM150.00 semalam adalah cukup berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan.

HPA Ilham Holidays

Share

Selain daripada produk kegunaan harian, rangkaian premis makanan dan sebagainya, HPA juga turut terlibat dalam industri pelancongan. Ia menawarkan pakej-pakej pelancongan yang menarik di samping menyediakan kemudahan bagi mengerjakan umrah dan juga haji.

Lawatan ke Madrid dan Andalusia Sepanyol 2010

HPA Melaka Halal Hub di 7th MIHAS 2010

Share

di

23-27 Jun 2010

9 pagi hingga 7 malam

Peta Lokasi
Ia terletak di tapak khemah yang paling hujung sekali (Dewan G) dan berhampiran pusat persidangan media, tapak sudut di bahagian kedua dari pusat persidangan media.

Tapak Pameran HPA Melaka Halal Hub @7th MIHAS 2010
G153 & G154 MATRADE Exhibition and Convention Centre
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur

HPA Melaka Halal Hub pada tahun 2010 akan mewakili HPA Industries Sdn Bhd dalam pameran MIHAS 2010. Banyak produk baharu HPA yang dihasilkan di HPA Melaka Halal Hub ada di sini. Insya Allah!

Isnin, Jun 21, 2010

Radix Bakery House

Share

RBH Sungai Petani
RBH Kota Bharu

Sebagai menyahut cabaran daripada PPIM untuk membuka sebuah perniagaan kek dan pastri telah tercapai. Syukur pada Allah kerana sekarang warga Sungai Petani dan Kota Bharu telah berkesempatan untuk menikmati kelazatan kek dan pastri yang dibuat menggunakan produk HPA.

Harga yang berpatutan menyebabkan pelanggan membeli secara banyak. Semasa saya membeli kek di RBH Kota Bharu, kelihatan kebanyakkan pelanggan membeli dengan banyak. Jika terlambat sememangnya akan terlepas!

Koperasi Wahida HPA Berhad

Share

Selain daripada bonus yang para ahli dapat pada setiap bulan, HPA juga ada membuka peluang untuk para ahli dan kakitangan HPA untuk melabur dalam KoWahida. Merupakan koperasi terbaik negeri Perlis tahun 2009.

Ketika ia mula-mula beroperasi, para ahli KoWahida telah menerima sebanyak 10% dividen dan pada tahun kedua adalah sebanyak 14% dan mungkin pada tahun 2010 jumlahnya 17% pula. Mudah-mudahan setiap pelaburan itu akan memberi banyak faedah buat kita pengguna barangan halal. Insya Allah.

HPA Auto Services

Share


Syukur pada Allah kerana HPA kini telah membuka pusat servis kenderaannya sendiri. Ia juga menjadi pusat bagi pelajar IPT untuk menjalankan praktikum. Cawangan pertama ialah di Sungai Petani dan cawangan kedua adalah di Kangar.

Radix Pizza House

Share

Sekarang kita sudah ada alternatif kepada makanan pizza dan Itali. Pembukaan RPH di Sungai Petani menjadi satu kejayaan dan dijangkakan akan dibuka di seluruh negara. Di Kelantan, mereka bercadang untuk membuka sebuah cawangan RPH di Wakaf Che Yeh. Amin...

Ahad, Jun 20, 2010

Muslimah Skincare and Cosmetics

Share

Muslimah Skincare & Cosmetics Manufacturing Sdn Bhd (MSCM) is a 100% Malaysian Muslim company established for the purpose of producing Halal Personal Care Products.

MSCM's Halal Team carries out detailed research and ensures that each ingredient is 100% Halal. Our vision is to produce Halal and high quality products with minimal usage of chemicals. We also produce eco-friendly, environmental friendly, biodegradable and chemical-free products.

Natural herbs from East and West are present in all our products even in our toiletries. Most of our products are plant based and suitable for vegetarians. We do not test on animals nor do we use any by-animal ingredients. Our glycerine is made from Palm and is 100% plant-derived. Our transparent soapbase is eco-friendly, biodegradable and safe for babies because it's edible.

Muslimah's name reflects us as mothers, wives and women who care about our well-being, families, the community and the environment.

Muslimah Skincare and Cosmetics Website

HPA Halal Mall

Share

Bagi mereka yang ingin membeli pelbagai barangan yang dijual di HPA Collection, boleh mengunjungi HPA Halal Mall ini. Pihak HPA akan membangunkan laman e-dagang bertujuan memudahkan para ahli untuk membeli. Wallahu'alam.

Lawati HPA Halal Mall

Menara HPA International Centre

Share

Ia merupakan mercu tanda kepada kegigihan dan kejayaan sebuah perniagaan Bumiputera Muslim yang sama-sama bersaing dengan pelbagai jenis perniagaan konvensional yang lain. Menara ini akan menempatkan pusat pentadbiran HPA yang baharu di samping akan dibina beberapa premis perniagaan HPA di dalamnya. Kita tunggu apa perkembangan terkini selepas ia dirasmikan pada 02.10.2010 nanti, Insya Allah!

Tanda Kebesaran Allah Pada Kopi RADIX

Share


Serbuk kopi RADIX yang membentuk menjadi kalimah Allah ini telah ditemui oleh kakitangan HPA ketika ujian makmal dijalankan ke atasnya. Inilah kebesaran Allah yang kita patut ambil tahu.

Ini adalah kopi yang dibancuh oleh seorang ahli HPA yang tinggal di Nilai. Dia pada mulanya tidak menyedari akan kalimah tersebut, tetapi ketika hendak meminum kopi tersebut, maka dia pun terperasan dan rasa sangat mengagumi kebesaran Allah.

Koko Minda

Share

Keluaran terbaharu produk berasaskan koko hasil keluaran Melaka Halal Food dan diedarkan HPA.

Bahan yang digunakan sama seperti Koko Radix HPA yang ada dipasaran, yang membezakannya adalah bahan campuran terdiri daripada serbuk koko, gula perang, krimer tanpa tenusu, ekstrak kurma, ekstrak madu, buah tin dan kismis.

Sesuai dengan namanya Koko Minda, kelebihan penggunaan produk koko antaranya sumber tenaga segera, meransang perkembangan otak lebih-lebih lagi tambahan bahan yang ada dalam produk ini terutama kurma, buah tin dan kismis.


Produk ini amat sesuai pada anak-anak yang bersekolah lebih-lebih lagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang penting.

Sumber: KJPP

Kempen Boikot Kopi RADIX Palsu

Share

Marilah kita bersama-sama dalam kempen ini. Sebaiknya anda beli dengan pengedar bertauliah dan bawa bersama jika pergi kemana-mana supaya mudah, tidak tertipu dengan mereka. Insya Allah!

Keluaran Baharu HPA dari Melaka Halal Hub

Share


Antaranya adalah Pes Asam Pedas Johor, Pes Mee Bandung Muar, Kek Lapis dan Kicap.

Majlis Perasmian Melaka Halal Hub

Share

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis ini.


Siaran Majlis Perasmian di TV3

Sabtu, Jun 19, 2010

Makanan dan Minuman Haram!

Share

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW

"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya" (Hadith Riwayat Ibnu Abbas)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya".

Rasulullah SAW bersabda

"Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga" (Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan jangan lah kamu ikut jejak syaitan”

Firma ALLAH SWT dalam Surah al-baqarah ayat 172 yang bemaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 87-88 yang bermaksud

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

Diantara hadith-hadith yang boleh dijadikan sebagai sokongan terhadap pemilihan makanan atau minuman yang halal ialah

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud: Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah

“Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Abbas)

Rasulullah S.A.W bersabda, ”Wahai Saad perbaikilah makananmu (makanlah makanan yang halal) nescaya engkau akan menjadi orang yang doanya dikabulkan. Dan demi jiwaku yang ada di tanganNya, sungguh jika ada seorang yang memasukkan makanan haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal sholehnya selama 40 hari. Dan seorang hamba yang dagingnya tumbuh dari hasil menipu dan riba maka neraka lebih layak baginya.” Dikumpulkan oleh Al Hafidz Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Kitab Jami'ul Ulama Wal Hikam yang diriwayatkan oleh Thabrani

Khasiat Minyak Zaitun

Share


Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan, pasti anda tahu tentang kehebatan minyak zaitun. Ia sangat baik untuk melembap dan meremajakan kulit, mencegah proses penuaan dan menentang radikal bebas. Terdapat dua jenis minyak zaitun untuk kecantikan iaitu minyak zaitun tulen dan minyak zaitun campuran. Minyak zaitun tulen biasanya mudah didapati di pusat-pusat rawatan yang menyediakan khidmat aromaterapi.

Manakala, minyak zaitun campuran biasanya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain dan seringkali diguna pakai dalam pembuatan losyen, syampu, skrub badan, pembersih wajah dan juga ‘body mist’. Untuk rawatan kecantikan, selain daripada mendapatkan produk yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun yang digunakan dalam masakan. Caranya mudah sahaja, hanya campurkan minyak tersebut ke dalam masker, syampu atau pelembab kulit yang ingin digunakan.

Hendak tahu apa kebaikan minyak zaitun ini? Cuba lihat maklumat berikut.

Rambut lebih sihat

Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.

Selain daripada menggunakan syampu dan perapi yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun ‘extra virgin’ dalam rutin perawatan rambut di rumah. Caranya amat mudah. Sapukan minyak zaitun pada akar dan helaian rambut yang kering dan lakukan urutan ringan selama lima minit pada seluruh bahagian kepala untuk membantu minyak meresap dengan mudah. Selepas itu, bungkus rambut dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas rambut dengan syampu. Untuk mengelakkan rambut daripada rosak akibat penggunaan pengering rambut, anda juga boleh sapukan minyak zaitun pada helaian rambut sebelum mengeringkan rambut.

Payudara lebih anjal

Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.

Kulit Tubuh Lebih Anjal

Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.

Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.

Melembutkan kulit kaki dan tangan

Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.

Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan minyak zaitun dengan gula putih sebagai pengganti skrub. Gosokkan campuran ini pada bahagian kulit yang kasar dan menebal seperti siku, lutut dan tapak kaki. Lakukan setiap hari agar hasilnya memuaskan. Khusus mendapatkan kuku yang kuat, titiskan minyak zaitun pada air suam dan rendam tangan selama 10 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini seminggu sekali. Selain daripada melembapkan kulit di sekitar kuku, rawatan ini juga amat baik untuk mencegah terjadinya kutikel kuku.

Mencegah Kedutan Wajah

‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.

Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.

Minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.

Sekiranya Mereka Tahu!

Share

Sekiranya mereka tahu mencari yang halal itu fardhu, ia akan membentuk hati-hati mereka, nescaya mereka akan menghargai HPA. Sekiranya mereka tahu perangai anak-anak mereka terbentuk dari makanan yang dimakan, tentu mereka akan memperjuangkan produk HPA. Sekiranya mereka tahu kesihatan yang baik itu lebih berharga dari emas dan batu permata, nescaya mereka akan mencari herba dan penawar.

HPA menawarkan herba terbaiknya untuk kesihatan anda. HPA juga menawarkan makanan harian yang halal dan toyibba untuk suapan anda. HPA meneroka produk yang dahulunya kita tak ada alternatif, sekarang dah ada Radix Fried Chicken. Ia bukan sekadar cerita ayam goreng. Ia adalah kisah dan simbolik perjuangan. Sebelum ini kita disajikan ayam goreng Amerika, gaya hidup Amerika. Orang kita meniru hampir ke semua budaya Uncle Sam ini. HPA datang membawa perubahan. Tinggalkan budaya orang lain, mari berbangga dengan hidangan kita. Ia bukan sekadar cerita halal saja. Lebih dari itu, ia lebih baik, lebih berkhasiat dan lebih mengingatkan insan pada Allah yang mencipta manusia dan Allah yang juga mencipta ayam.

Orang berniaga, HPA juga berniaga, tetapi tanpa riba. Bukankah Allah mengisytiharkan perang pada pengamal riba. Tidakkah anda rasa nak tolong syarikat yang menjalankan perniagaan. Tak terpanggilkah kita untuk berperang dengan sistem riba, kerana sistem ribalah ekonomi dunia hari ini bertukar menjadi kacau bilau. Di HPA, perniagaan dikembangkan dengan keuntungan dari pembelian ahli-ahli HPA. Tidak ada pinjaman bank riba untuk berjaya. HPA mengekalkan sehingga kehari ini, tanpa riba, tanpa berperang dengan Allah, insan akan lebih berjaya dan berjaya.

Perasmian RADIX Fried Chicken Kangar!

Share

Pihak HPA ingin mengumumkan satu majlis perasmian untuk cawangan RFC ke 6 yang terletak di Kangar akan dilangsungkan pada awal bulan Julai ini.

RADIX Fried Chicken Kangar
86 & 88 Jalan Pertiwi
Taman Pertiwi
Jalan Kangar - Alor Setar
Seriab
01000 Kangar

Perasmian oleh
YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu
Menteri Besar
Perlis Indera Kayangan

pada hari Jumaat, 09 Julai 2010

jam 3.00 petang

Para pemimpin dan ahli HPA yang hadir diminta untuk memakai baju batik ketika perasmian. Orang ramai diundang untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan bersama-sama untuk menikmati hidangan istimewa di RFC Kangar, Insya Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke HPA Auto Services yang terletak di Taman Pertiwi juga. Tidak lupa RADIX Chicken House dan Koperasi Wahida HPA Berhad di Taman Pengkalan Asam dan RADIX Chicken House di Jelempok.




Lihat Radix Fried Chicken Kangar dalam Peta Google

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan