Selasa, Oktober 26, 2010

Jelly Gamat HPA

Share


Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan
  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat
  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Gamat
  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.
Keunikan Gamat
  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia
  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat
  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)
Gamat HPA
  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia
“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”
“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”
Produk Jelly Gamat
  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Radix Isotonic Plus diperkaya dengan Honey Lemon

Share


Alhamdulillah Radix Cola Sdn Bhd sekali lagi telah berjaya mengeluarkan produk terkini yang dikenali sebagai RADIX Isotonic Plus, diperkaya dengan Honey Lemon, sesuai diminum pada bila-bila masa, bagi mereka yang mengalami dehidrasi juga sesuai seperti selepas melakukan riadah atau pun memandu di tempat yang panas terik


Sumber: myradix


PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) SERTA UJIAN PEMERIKSAAN MAKMAL:
RADIX COLA JUGA TELAH MENJALANKAN UJIAN DAN PEMERIKSAAN MAKMAL (LAB TEST) SEBANYAK 5 KALI SEBELUM MENDAPAT KEPUTUSAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK TERBARU INI. IANYA MERANGKUMI UJIAN DAN PEMERIKSAAN DARIPADA SEGI:
  • BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN, GRAPE FRUIT YANG BERSESUAIAN DAN KEPASTIAN HALAL & TOYIBAN. DI ANTARA BAHAN-BAHAN MENTAH YANG LAIN YANG DIGUNAKAN IALAH GULA, DEXTROSE ANHYDROUS, CITRIC ACID CRYSTALLINE, SODIUM CHLORIDE, SODIUM CITRATE, VITAMIN C, POTASSIUM PHOSPHATE, TRICALCIUM PHOSPHATE, CLOUDY AGENT, GRAPE FRUITY FLAVOUR DAN SODIUM BENZOATE.
  • KANDUNGAN GULA DALAM BANCUHAN (10.5 BRIX)
  • SUKATAN SETIAP BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN PERANTARAAN LAB TEST
  • TAHAP KEPEKATAN, KEMANISAN DAN TEKANAN GAS CO2 ADALAH MINIMUM
  • NUTIRISI DALAM MINUMAN INI UNTUK 100ML
    LEMAK  0%
    PROTEIN 0.4 GRAM
    KARBOHIDRAT 7.1 GRAM
    TENAGA 31 KCAL/ML
    JUMLAH GULA 5.4 GRAM
DIKELUARKAN DALAM 2 VARIASI IAITU 500ML DAN 1.5 LITER

Isnin, Oktober 04, 2010

Sekitar Majlis Perasmian Menara HPA International Centre dan HPA Halal Mall

Share
























Alhamdulillah, kini Menara HPA International Centre dan HPA Halal Mall telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad pada 02 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431.

Terdapat pelbagai gerai yang menyertai majlis tersebut dan yang pasti gerai RFC dan RCH yang paling mendapat sambutan kerana menyediakan Ayam Goreng, Nasi Ayam dan Sate serta pelbagai menu yang lain. Tidak ketinggalan gerai Aiskrim Toyyibah yang menjual aiskrim dalam bekas kecil yang telah mula dipasarkan.

KoWahida juga membuka peluang untuk ahli baharu dan ahli lama untuk mendaftar dan menambahkan saham. Terdapat juga produk baharu seperti set makan malam dan set minum petang dijual di sana.

Mudah-mudahan dengan adanya HPA Halal Mall ini dapatlah warga Shah Alam membeli belah tanpa perlu was-was lagi. Terdapat kedai buku, kedai produk penjagaan kulit, kedai busana, pasar sejuk beku, pasar basah dan juga pasar kering untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Insya Allah!

Ahad, Oktober 03, 2010

Ayam Muda Organik

Share


Alhamdulillah, kini HPA Farm Sdn Bhd telah mengeluarkan produk baharu iaitu Ayam Muda Organik yang telah mula dipasarkan di HPA Halal Mall, HPA Halal Mart dan Cawangan HPA seluruh Malaysia.

Bagi mereka yang suka ayam muda yang isinya lembut, boleh mendapatkannya segera di cawangan yang terdekat. Gambar di atas diambil di HPA Halal Mall, HPAIC, Shah Alam.


Ahad, September 19, 2010

Bengkung dan Barut Berherba Set Bersalin HPA

Share


Produk keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.

Keistimewaan Corset:

* Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
* Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
* Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukan pinggul dan tulang pelvik
* Sesuai dipakai bila-bila masa
* Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
* Menegangkan kembali otot-otot perut
* Membantu mengawal selera makan

Kaedah penggunaan:

* Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas
* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan
* Cuci bengkung sebelum digunakan
* Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk




Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi. barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya.

Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu. Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah.

Set Bersalin HPA

Share

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.
Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Sumber: Dunia Herba HPA

Rabu, Ogos 25, 2010

Kuih Raya HPA 1431

Share


Sempena Syawal 1431 yang bakal menjelang tidak lama lagi, HPA Melaka Halal Hub telah menyediakan beberapa jenis kuih raya sebagai juadah buat tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Sila dapatkan daripada pengedar yang sah.

Koleksi HPA sempena Ramadan 1431

Share


Buat semua pengedar bertauliah yang membuat belian 100NM ke atas bermula pada 1 Ramadan 1431 akan menerima hadiah koleksi barangan dengan logo HPA. Sehingga kehabisan stok.

Selasa, Ogos 24, 2010

Radix Café di Melaka Halal Hub dan Kuantan

Share

 

Buat para pengunjung Melaka Halal Hub, jangan lupa untuk singgah ke Radix Café untuk menikmati keistimewaan Kopi Radix.

Radix Café juga akan dibuka pada hari raya ke 3 di Kuantan. Lokasinya di sebelah Stadium Darul Makmur (di tepi Hentian Kompleks Terminal Makmur). Terletak di dalam HPA Halal Mart. Ia merupakan model awal kepada kedai kopitiam HPA. Tarikh perasmian akan dimaklumkan kelak. Insya Allah!

Chlorophyll Drops HPA

Share


Buang asid buang penyakit.

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).
Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah.

Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

Baca Lanjut
Sumber: Blog Perubatan JAWI

Sabtu, Ogos 14, 2010

Ayam Radix Organik

Share


Ayam Radix Organik diternak menggunakan kaedah organik dalam ladang ayam yang diberikan pengudaraan yang mencukupi. Sumber makanan organik yang diambil dari dalam dan Timur Tengah adalah antara kelainan yang ada pada ayam organik ini.

Ayam organik ini juga akan diperdengarkan dengan bacaan Al Quran tanpa henti selama ia membesar dalam tempoh 40 hari. Ayam yang anda makan ini bukan sahaja makan dari sumber organik yang halal, tetapi ia juga telah ditazkirahkan dengan ayat suci Al Quran selain disembelih oleh para penyembelih yang menyembelihnya mengikut syarak. Wallahu'alam.

Sate Ayam Organik

Share


Insya Allah, kini kita boleh merasai keistimewaan Sate Ayam Organik yang dijual di Radix Chicken House. Ia boleh didapati dalam 2 varian, iaitu yang dibakar atau yang digoreng. Saiz sate ini memang besar dan berharga RM1.00 secucuk. Anda juga boleh memilih untuk dijamu bersama nasi himpit dan bawang.

Anda tidak perlu pesan banyak kerana sate ini besar dan membuatkan kita cepat kenyang setelah menjamahnya. Sekiranya anda memesan sate yang digoreng lagilah cepat kenyang dan ia digoreng menggunakan Tepung RFC. Insya Allah. Selamat merasa.

Khamis, Ogos 05, 2010

Basikal Mesra Alam HPA

Share


Alhamdulillah, HPA telah maju setapak lagi dengan penghasilan Basikal Mesra Alam yang boleh didapati dalam dua varian warna. Ia sangat ringan dan sesuai bagi kegunaan anak-anak ke sekolah juga buat orang dewasa untuk beriadah dengan basikal.

Ia akan berada di cawangan HPA berhampiran dengan anda tidak lama lagi. Marilah bertukar kepada basikal HPA sambil mengumpul bonus bulanan. Andalah pengguna bijak! Insya Allah.

Perasmian Radix Fried Chicken Jitra

Share




Insya Allah pada 28 Ogos 2010 ini pada jam 5.30 petang akan dirasmikan RFC Jitra oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Ahmad. Majlis akan berlangsung hingga ke waktu berbuka. Datanglah beramai-ramai. Wallahu'alam.


Lihat HPA City dalam Peta Google

Khamis, Julai 29, 2010

Bihun HPA

Share


Alhamdulillah, kini HPA melalui anak syarikatnya HPA (Thai) Halal Product & Trading Co Ltd telah berjaya menghasilkan bihun bagi pasaran MLMS HPA. Ia merupakan kejayaan terkini HPA dalam menghasilkan pelbagai produk alternatif yang halal dan toyyibah.

Semoga produk bihun ini akan segera berada di cawangan HPA yang berhampiran dan saya pasti ramai yang ternanti-nanti akan kehadirannya. Satu wadah oleh HPA dalam menyelamatkan umat Islam daripada terus menjamah produk bihun lain yang diragui status kebersihan dan kesuciannya. Wallahu'alam.

HPA Halal Mart

Share


HPA telah maju setapak lagi dengan pembinaan HPA Halal Mart di seluruh Malaysia. Ia dibina sebagai asas kepada pembinaan HPA Halal Mall. HPA Halal Mart pertama yang dibina di dalam sebuah pusat membeli belah adalah di The MINES.

Ia juga menempatkan sebuah bilik mesyuarat yang agak luas bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mengadakan mesyuarat. Reka letak yang menarik selain daripada lokasi yang sangat strategik, berhampiran Maybank dan RHB Bank, juga berdekatan pintu masuk dari kawasan letak kereta di aras satu.

Ahad, Julai 25, 2010

Radix Fried Chicken Kubang Kerian telah dirasmikan

Share


Alhamdulillah, kini RFC Kubang Kerian telah selamat dirasmikan. Impian rakyat Kelantan dan ahli HPA seramai lebih daripada 30,000 orang di sana untuk merasai keistimewaan Ayam RADIX yang digoreng dengan Tepung RFC kini telah menjadi satu kenyataan.

Ia menjadi kesinambungan kepada Radix Chicken House yang juga ada menyediakan ayam goreng cuma berbeza menu utama yang mana RFC menyediakan ayam goreng sebagai menu utama manakala RCH pula mengenengahkan ayam panggang sebagai sajian utamanya.

Pembinaan RFC Kubang Kerian ini amatlah dinantikan oleh rakyat Kelantan kerana premisnya lebih besar daripada Radix Chicken House di KBTC. Wallahu'alam.

Produk Terkini HPA Melaka Halal Hub

Share


Syukur pada Allah, pasaran MLMS HPA makin membesar dengan produk baharu yang dihasilkan oleh pengeluar di Melaka Halal Hub. Mudah-mudahan akan bertambah maju lagi perniagaan ini. Insya Allah!

Khamis, Julai 15, 2010

Suasana di Radix Fried Chicken Kubang Kerian

Share

Berikut adalah suasana dalam RFC Kubang Kerian sebelum hari perasmian oleh KakChik






Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan