Selasa, September 13, 2011

Bedak Padat Orkid

Share

Bedak Padat Orkid
Inilah produk terkini keluaran HPA Industries Sdn Bhd. Rekabentuk yang mudah dan ringan memudahkan para suri untuk memiliki dan menyimpannya di dalam beg tangan mereka. Paling penting ia dari sumber yang halal. InsyaAllah!

Rabu, Mac 02, 2011

Radix Fried Chicken Ipoh Kini Sudah Beroperasi

Share





Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah memudahkan jalan bagi KOMAS dan Radix Fried Chicken Sdn Bhd untuk mrmbuka cawangan terbaharunya di Bandaraya Ipoh. Ia telah memulakan operasinya pada jam 4.00 petang, 28.02.2011 dan kelihatannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Bandaraya Ipoh.

Semoga kakitangan yang bertugas di RFC Ipoh dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik kerana sambutan yang hangat sedang menanti di hadapan. Ia juga adalah hadiah kepada warga Perak di atas usaha memartabatkan produk halal di mata masyarakat dan negara. InsyaAllah.

Lokasi RFC Ipoh

Berus Gigi Annazhofah

Share


Alhamdulillah, HPA kini telah mula mengeluarkan berus gigi halal terkini yang bernama Annazhofah yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan juga telah direka dengan berus lidah bagi memberi tambah nilai kepada berus gigi ini. Ia boleh didapati dalam varian Lembut dan Sederhana dan ia akan menjadi berus gigi pilihan orang ramai terutama pengamal tegar produk halal HPA. Insya Allah!

Rabu, Februari 16, 2011

JAWI Water System

Share

JAWI Water System
Setelah memperkenalkan Penapis Air Dew, HPA telah mengorak langkah baharu dengan mengeluarkan sendiri penapis air yang setanding mutunya dengan penapis air lain yang bertaraf antarabangsa. Diperbuat daripada bahan-bahan alami dengan 6 penapis yang mana katrij yang boleh dibeli dengan harga yang kompetitif menarik minat ramai orang untuk memilikinya. Insya Allah, ia akan menjadi produk utama Kumpulan HPA dalam pasaran MLMSnya. Amin...

Harga Pelanggan RM1,700.00

Jam Tawaf

Share

Jam Tawaf

Memperkenalkan jam yang berputar mengikut arah tawaf yang baharu sahaja dikenalkan semasa Konvek HPA pada awal bulan Februari lalu. Terdapat dalam 2 jenis, iaitu untuk lelaki dan wanita. Jam ini direka mengikut sunnah yang mana mengikut sunatullah, putaran yang lazim dan baik adalah dari kanan ke kiri seperti mana kita mengacau air untuk menyediakan Kopi Radix. Jam ini berputar mengikut arah putaran bumi dan planet angkasa raya. Ini juga tidak terkecuali dari arah putaran tawaf dari kanan ke kiri. Berbahagialah mereka yang melihat putaran Jam Tawaf ini dan mengingatkannya bahawa semua kejadian di langit dan bumi itu adalah dari ALLAH SWT.

Harga Pelanggan RM500.00

Antara ciri-cirinya

1. Pusingan arah ke kanan (anti-clockwise)
2. Angka-angka ganjil (Allah SWT menyukai yang ganjil)
3. Boleh digunakan semasa mengambil wudhu’
4. Kalis air sedalam 30 meter
5. Enjin pergerakan jam adalah dari pembuat jam jepun yang bereputasi tinggi
6. Warna jarum saat hijau sempena warna rasmi HPA
7. Logo HPA terdapat di muka hadapan dan di belakang jam
8. Mempunyai 2 jenis/saiz jam untuk lelaki dan wanita (saiz lebih kecil)

Selasa, Oktober 26, 2010

Jelly Gamat HPA

Share


Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan
  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat
  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Gamat
  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.
Keunikan Gamat
  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia
  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat
  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)
Gamat HPA
  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia
“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”
“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”
Produk Jelly Gamat
  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan