Khamis, Ogos 05, 2010

Perasmian Radix Fried Chicken Jitra

Share




Insya Allah pada 28 Ogos 2010 ini pada jam 5.30 petang akan dirasmikan RFC Jitra oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Ahmad. Majlis akan berlangsung hingga ke waktu berbuka. Datanglah beramai-ramai. Wallahu'alam.


Lihat HPA City dalam Peta Google

Khamis, Julai 29, 2010

Bihun HPA

Share


Alhamdulillah, kini HPA melalui anak syarikatnya HPA (Thai) Halal Product & Trading Co Ltd telah berjaya menghasilkan bihun bagi pasaran MLMS HPA. Ia merupakan kejayaan terkini HPA dalam menghasilkan pelbagai produk alternatif yang halal dan toyyibah.

Semoga produk bihun ini akan segera berada di cawangan HPA yang berhampiran dan saya pasti ramai yang ternanti-nanti akan kehadirannya. Satu wadah oleh HPA dalam menyelamatkan umat Islam daripada terus menjamah produk bihun lain yang diragui status kebersihan dan kesuciannya. Wallahu'alam.

HPA Halal Mart

Share


HPA telah maju setapak lagi dengan pembinaan HPA Halal Mart di seluruh Malaysia. Ia dibina sebagai asas kepada pembinaan HPA Halal Mall. HPA Halal Mart pertama yang dibina di dalam sebuah pusat membeli belah adalah di The MINES.

Ia juga menempatkan sebuah bilik mesyuarat yang agak luas bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mengadakan mesyuarat. Reka letak yang menarik selain daripada lokasi yang sangat strategik, berhampiran Maybank dan RHB Bank, juga berdekatan pintu masuk dari kawasan letak kereta di aras satu.

Ahad, Julai 25, 2010

Radix Fried Chicken Kubang Kerian telah dirasmikan

Share


Alhamdulillah, kini RFC Kubang Kerian telah selamat dirasmikan. Impian rakyat Kelantan dan ahli HPA seramai lebih daripada 30,000 orang di sana untuk merasai keistimewaan Ayam RADIX yang digoreng dengan Tepung RFC kini telah menjadi satu kenyataan.

Ia menjadi kesinambungan kepada Radix Chicken House yang juga ada menyediakan ayam goreng cuma berbeza menu utama yang mana RFC menyediakan ayam goreng sebagai menu utama manakala RCH pula mengenengahkan ayam panggang sebagai sajian utamanya.

Pembinaan RFC Kubang Kerian ini amatlah dinantikan oleh rakyat Kelantan kerana premisnya lebih besar daripada Radix Chicken House di KBTC. Wallahu'alam.

Produk Terkini HPA Melaka Halal Hub

Share


Syukur pada Allah, pasaran MLMS HPA makin membesar dengan produk baharu yang dihasilkan oleh pengeluar di Melaka Halal Hub. Mudah-mudahan akan bertambah maju lagi perniagaan ini. Insya Allah!

Khamis, Julai 15, 2010

Suasana di Radix Fried Chicken Kubang Kerian

Share

Berikut adalah suasana dalam RFC Kubang Kerian sebelum hari perasmian oleh KakChik






Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan