Khamis, Julai 29, 2010

Bihun HPA

Share


Alhamdulillah, kini HPA melalui anak syarikatnya HPA (Thai) Halal Product & Trading Co Ltd telah berjaya menghasilkan bihun bagi pasaran MLMS HPA. Ia merupakan kejayaan terkini HPA dalam menghasilkan pelbagai produk alternatif yang halal dan toyyibah.

Semoga produk bihun ini akan segera berada di cawangan HPA yang berhampiran dan saya pasti ramai yang ternanti-nanti akan kehadirannya. Satu wadah oleh HPA dalam menyelamatkan umat Islam daripada terus menjamah produk bihun lain yang diragui status kebersihan dan kesuciannya. Wallahu'alam.

HPA Halal Mart

Share


HPA telah maju setapak lagi dengan pembinaan HPA Halal Mart di seluruh Malaysia. Ia dibina sebagai asas kepada pembinaan HPA Halal Mall. HPA Halal Mart pertama yang dibina di dalam sebuah pusat membeli belah adalah di The MINES.

Ia juga menempatkan sebuah bilik mesyuarat yang agak luas bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mengadakan mesyuarat. Reka letak yang menarik selain daripada lokasi yang sangat strategik, berhampiran Maybank dan RHB Bank, juga berdekatan pintu masuk dari kawasan letak kereta di aras satu.

Ahad, Julai 25, 2010

Radix Fried Chicken Kubang Kerian telah dirasmikan

Share


Alhamdulillah, kini RFC Kubang Kerian telah selamat dirasmikan. Impian rakyat Kelantan dan ahli HPA seramai lebih daripada 30,000 orang di sana untuk merasai keistimewaan Ayam RADIX yang digoreng dengan Tepung RFC kini telah menjadi satu kenyataan.

Ia menjadi kesinambungan kepada Radix Chicken House yang juga ada menyediakan ayam goreng cuma berbeza menu utama yang mana RFC menyediakan ayam goreng sebagai menu utama manakala RCH pula mengenengahkan ayam panggang sebagai sajian utamanya.

Pembinaan RFC Kubang Kerian ini amatlah dinantikan oleh rakyat Kelantan kerana premisnya lebih besar daripada Radix Chicken House di KBTC. Wallahu'alam.

Produk Terkini HPA Melaka Halal Hub

Share


Syukur pada Allah, pasaran MLMS HPA makin membesar dengan produk baharu yang dihasilkan oleh pengeluar di Melaka Halal Hub. Mudah-mudahan akan bertambah maju lagi perniagaan ini. Insya Allah!

Khamis, Julai 15, 2010

Suasana di Radix Fried Chicken Kubang Kerian

Share

Berikut adalah suasana dalam RFC Kubang Kerian sebelum hari perasmian oleh KakChik






Teh Hirta

Share


Minuman Herba Hirta


Pokok Ara Tanah

Keterangan Produk

1. Minuman ini dihasilkan daripada pokok Ara Tanah yang telah dikeringkan.

2. Ekstrak daripada herba ini dapat membantu mengubati asma/athma, batuk, radang saluran pernafasan, bronchitis (bengkak pada tiub kerongkong), seriawan mulut, diuretik (kumuhkan air kencing), mencuci perut/usus, muntah, sembelit, batu karang, cirit birit dan mengeluarkan kahak.

3. Anti radang, anti depressant (untuk tekanan darah), anti hipertensi, antioksidan, anti pruritic (menghilangkan gatal), anti kekejangan

4. Bersifat astringen, boleh mengecutkan tisu kulit. Oleh itu, baik untuk rawatan bisul dan bengkak.

5. Boleh menggalakkan perkumuhan air kencing.


Ia adalah satu lagi herba yang dapat membantu dalam merawat penyakit seperti berikut:

1. ASMA

2. BATUK

3. RADANG SALURAN PERNAFASAN

4. BRONCHITIS (BENGKAK PADA TIUB DIKERONGKONG)

5. SERIAWAN MULUT

6. DEURETIC ( MEMBANYAKKAN AIR KENCING-KUMUH)

7. MENCUCI PERUT/USUS

8. MUNTAH

9. SEMBELIT

10. BATU KARANG

11. CIRIT-BIRIT

12. KELUARKAN KAHAK


Selain yang terdapat dalam senarai di atas, herba ini juga mempunyai keistimewaan untuk ANTI RADANG, ANTI DEPRESSANT (UNTUK TEKANAN DARAH), ANTI HIPERTENSI, ANTIOKSIDAN, ANTI PRURITIC (MENGHILANGKAN GATAL) dan ANTI KEKEJANGAN.

Untuk rawatan bisul, herba ini juga berkesan untuk mengecutkan ia kerana herba ini bersifat Astringent iaitu boleh mengecutkan tisu kulit.

Ahad, Julai 11, 2010

Deep C HPA

Share

Deep C

Herba Deep Cleansing kini diluluskan pendaftarannya oleh KKM atas nama Deep C. Semua herba disiapkan terlebih dahulu dan Deep Cleansing ini menggunakan herba-herba yang sukar didapati. Ada yang terpaksa kami ambil dari kawasan tinggi utara Thailand. Ubi “krong kemau” yang digunakan untuk ayam sabung ternyata menjadi herba utama dalam Deep C.

Deep C berfungsi untuk membantu penyingkiran toksid dan logam-logam berat yang terdapat di dalam tubuh badan. Ia juga membantu membaiki sistem tubuh dan membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Ia boleh dibeli melalui HPA Call Centre di talian 049776804 atau 049776805

Radix Fried Chicken Kubang Kerian kini telah dibuka!

Share



Radix Fried Chicken Kubang Kerian
Lot 1606 Jalan Raja Perempuan Zainab II
Bandar Baharu Kubang Kerian
16150 Kota Bharu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapatlah warga Kota Bharu, khususnya warga Kubang Kerian untuk bersama-sama untuk merasai keistimewaan ayam goreng Radix yang telah menjadi satu fenomena di seluruh Malaysia.

Cawangan RFC Kubang Kerian ini masih baru beroperasi dan masih belum dirasmikan dan ia dijangka akan dirasmikan pada penghujung bulan Julai 2010 ini oleh YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Semoga impian untuk membuka 3 buah lagi cawangan RFC di Kelantan akan menjadi kenyataan, Insya Allah. Sehingga kini HPA telah berjaya menubuhkan Radix Chicken House di Kota Bharu Trade Centre dan Radix Bakery House di Kampung Paya Rambai dan yang terkini Radix Fried Chicken di Kubang Kerian.

Marilah kita bersama-sama menyokong produk keluaran Muslim yang halal dan toyyib!


Lihat HPA City dalam Peta Google

Sabtu, Julai 10, 2010

Khasiat Spirulina HPA

Share


PETIKAN DARIPADA NOTA KULIAH INTIBAH TUAN HJ ISMAIL AHMAD (2002)

Setelah saya meneliti kelebihan yang ada pada SPIRULINA ini, saya begitu takjub sekali dengan ciptaan tuhan yang telah mencipta herba yang begitu tinggi khasiatnya kepada manusia. Berdasarkan pengalaman dan ilmu herba yang saya fahami, saya akan cuba untuk memberi ulasan berhubung dengan SPIRULINA ini. Mungkin perbahasan SPIRULINA ini tidak sehebat penulis-penulis di barat yang disokongi oleh data-data ujian dan analisis yang diadakan di makmal namun pengalaman saya selama 14 tahun dalam dunia herba akan saya jadikan sebagai panduan asas perbincangan ini.

1. WARNA SPIRULINA

Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan.

Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.

Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.

Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.

2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI

Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai 10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.

Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.

Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.

3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI

SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakit anemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.

Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagai phycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.

Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.

4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI

Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simtom menopause.

SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%.

Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlu bersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.

Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makanannya.

SPIRULINA mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.

Jumaat, Julai 09, 2010

Perasmian Radix Fried Chicken Kota Bharu!

Share

Kad Undangan

Radix Fried Chicken Kota Bharu

Pihak HPA ingin mengumumkan satu majlis perasmian untuk cawangan RFC ke 7 yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu akan dilangsungkan pada minggu kelima bulan Julai ini.

RADIX Fried Chicken Kubang Kerian
PT 1606 Jalan KK 6/1
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kota Bharu

Perasmian oleh
YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar
Kelantan Darul Naim

pada hari Ahad, 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431

jam 2.00 petang

Para pemimpin dan ahli HPA yang hadir diminta untuk memakai baju batik ketika perasmian. Orang ramai diundang untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan bersama-sama untuk menikmati hidangan istimewa di RFC Kota Bharu, Insya Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke RADIX Chicken House di Kota Bharu Trade Centre dan RADIX Bakery House di Kampung Paya Rambai.


Lihat HPA City dalam Peta Google

Isnin, Julai 05, 2010

Minuman IMT dan RTD Asam Jawa

Share


Saya mengalami demam selsema hari minggu lepas. Setelah mendapat simptom demam, saya terus membeli Minuman IMT dan RTD Asam Jawa lalu meminumnya. Setelah meminumnya saya tidur sebentar dan ulangi lagi habiskan sebotol, alhamdulillah selepas itu saya sudah berasa segar dan boleh bernafas lega. Syukur alhamdulillah!

Minuman IMT

Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihannya.

Antara kelebihannya ialah :-

1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil).
Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami lebih daripada 90% pengguna menyatakan ia sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan.

Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

KAJIAN Pokok Herba Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Kelebihan:

  1. Andrographolid - Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat
  2. Flavonoid - Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).
  3. Lactone - Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)
  4. Hepatoprotector - Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)
  5. Immunostimulant (fagositosis) - Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.
  6. Antihistamine - Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)

Ahad, Julai 04, 2010

Herbalis Perubatan JAWI

Share


Menjadi seorang herbalis bukannya dengan hanya menghaziri sekali PIC tetapi ia memerlukan jangkamasa yang panjang. Herbalis terdidik dalam suasana yang sebenar berhadapan dengan pesakit dan memerhatikan perlakuan kepada kesan sesuatu ubatan herba yang diberikan. Jadi herbalis memerlukan kesungguhan belajar dari masa ke semasa tanpa ra
sa putus asa.
Walaupun sekali menghaziri PIC tidak bermakna kita dapat mencerap semua ilmu yang dibahaskan dan mungkin kita perlu mengikuti PIC berulang-ulang kali bagi mendapatkan teknikal perawatan yang sempurna. Saya percaya dengan adanya kelangsungan menimba ilmu di HPA generasi ini akan dapat dilahirkan. Ini dapat kita lihat dari pengakuan ikhlas mereka yang telah berjaya meninggalkan ubatan kimia digantikan dengan pengubatan herba. Jumlah mereka semakin ramai hasil dari kesedaran yang mendalam betapa bahan kimia yang digunakan sebagai ubat juga merupakan racun pada tubuh.
Sedikit sebanyak kenyataan ini tidak sukai oleh para doktor yang berjuang meningkatkan tahap kesihatan rakyat melalui "drug therapy". Suara kegelisahan ini muncul apabila isu steroid dalam kopi radix dibangkitkan. Dalam blog ini saya ingin memberikan pandangan bahawa steroid dalam herba tidak sama dengan steroid sintatik yang digunakan di hospital. Sebagai contoh beta-sitosterol dan stigmasterol merupakan rangkaian steroid yang terdapat dalam akar lalang, pegaga, tungkat ali, patawali dan lain-lain lagi. Akar lalang telah digunakan di dalam ubatan cina (TCM) sudah ribuan tahun dan tidak mendatangkan kesan sampingan malah menjadi herba bagi rawatan penyakit-penyakit yang bersifat panas (yang) seperti imsomnia (susah tidur) dll.
Dalam kopi Radix juga tidak ada kesan toksisiti (racun) yang ditemui jika diambil oleh pengguna berterusan. Ia diproses di kilang yang mempunyai status GMP dan ISO. Bagitu banyak testimoni yang telah di berikan menjadikan sebahagian pehak tidak senang dengan pencapaian HPA.
Sumber: Herbalis Haji Ramly

Khamis, Julai 01, 2010

Santau Angin (Catatan Hidupku)

Share

Datukku dahulu seorang bomoh santau yang mungkin terkenal pada zamannya (Husin Tok Tukang Awang). Beliau juga meninggal dunia muntah darah selepas meminum secawan kopi(juga dikatakan terkena santau) Banyak juga aku dengar tentang ilmu santau ini . Lebih-lebih lagi aku juga sangat cenderung hati bagi mempelajari ilmu perubatan tradisonal Melayu. Datok meninggalkan sebuah beg kain kecil yang mengandungi geliga untuk orang yang dikatakan terkena santau. Aku tak melihatnya tetapi ibuku dan bapak saudaraku mengesahkan hal ini memang benar. Aku hanya sempat bertanya bapak saudaraku(HJ Mat) apakah geliga itu,dia menyatakan antaranya ialah tulang ikan Yu Kemian dan akar terung pipit.(sekarang produk shark cartilage)

Di sini aku ingin mempertengahkan pandanganku tentang santau angin. Isteriku juga pernah bertanya “apakah aku percaya atau tidak dengan santau angin?”.

Aku anak kampong yang dilahirkan dalam masyarakat yang banyak menggunakan perkhidmatan “bomoh”. Mungkin anda sekelian tidak mengetahui tentang “racak” yang di hanyutkan ke sungai atau ke Laut atau mungkin anda sekelian tidak pernah tahu tentang “kayu pasong hantu” yang diletakan dirumah dengan pelbagai kepercayaan. Mungkin anda semua juga tidak mengetahui tentang “tahi besi” bagi menghalau Jin dan sebagainya. Semua yang aku katakan diatas pernah kulalui di zaman kecilku.

Aku juga ingin menambah sikit lagi maklumat tentang keluargaku yang mempunyai pantang larang dalam kehidupan. Di rumah tidak boleh membuat buah Melaka(perlis) dan kalau dibuat juga walaupun sembunyi-sembunyi semua ahli keluarga akan demam. Di kampungku (tempat tapak madrasah) juga tidak pernah berlaku sebarang kecurian kerana dikatakan mempunyai penunggu dan perkataan yang sering disebut iaitu “sahabat”.

Sejak kecil ayahku memang sedia sakit, datokku akan datang berikhtiar dengan pelbagai cara. Waktu malam aku sering mendengar derapan kaki orang berjalan diatas bumbung rumah dan juga di atas bumi. Kadangkala rasa takut dan kadangkala tak rasa apa-apa.

Kedatangan “Shiekh Ismail(sama nama) ,tuan guru dari Mekah telah mengubah kehidupan kami keseluruhannya. Kami di kenalkan dengan rupa tauhid yang sebenarnya. Pak long Mat pertama kali menerima kefahaman ini lantas membakar semua buku-buku perubatan datok yang bercampur mistik. Aku yang belajar dengan pak Long Mat juga meyakini bahawa beliau memilih jalan pengubatan yang benar. Kami yakin pada Allah dengan sepenuh hati dan tidak ada tapi-tapi lagi.

Pak long yang digelar sebagai “Mat licin” dikatakan memiliki ilmu kebal (pernah ditembak dari jarak dekat dan terbukti) menyatakan “kita perlu keluar dari jahiliah kepada muslim yang sebenarnya”. Dia benar-benar bertaubat dan aku lihat Allah mengurniakan” ilmu yakin” padanya. Keyakinannya tinggi melebihi dari kebanyakan guru ugama yang pernah aku temui. Dia sanggup berhadapan dengan siapa juga manusia yang kononnya memiliki ilmu dunia yang tinggi demi menegakkan kebenaran dan membenteras syirik. Apa yang aku lihat biasanya orang yang dikatakan kerasukan jin akan hilang bila sampai bertemu dengannya.

Ilmu-ilmu mistik sebenarnya kian hilang dalam masyarakat Malaysia tetapi kini tiba-tiba ia muncul semula dengan arus yang lebih hebat. Inilah pengaruh filem yang aku lihat 10 tahun dahulu di Indonesia. Alangkah jauhnya saudara-saudaraku yang masih lagi berada dalam alam mistik lagi syirik,perasangka jahat pada setiap orang dan percaya dengan kata-kata orang samada bomoh ataupun ustaz.

Pak Long sangat marah jika dikatakan buatan orang! Aku juga tak lah macam pak Long sangat tapi geram juga bila penyakit selalunya dikaitkan dengan orang. Pak Long kata “ biar kita mati sekali-kali jangan bersyirik pada Allah” dan aku pegang kata-kata itu kerana itulah yang diajar oleh Nabi saw.

Di sinilah perubatan Jawi berpisah dengan pengubatan Islam yang lain kerana Kami tidak akan menyabitkan penyakit dengan saka,santau angin, buatan orang dan lain-lain lagi kerana kami sangat yakin bahawa kesemuanya itu berlaku dengan izin Allah.

Sakit itu sebab dosa kita sendiri(penghapus dosa) kenapa pula dikaitkan pada orang lain. Santau angin adalah ulser perut dan akhirnya menyebabkan muntah darah. Mereka berkata kalau ada ulser kenapa tak dapat dilihat oleh doctor? Inilah yang hujah para pengamal perubatan batin lagi batil. Tidak lihat bukan bererti tak ujud kerana pengalamanku dalam dunia perawatan ,penyakit pada tahap awal kebiasaannya tak dapat dikesan. Doktor hanya dapat mengesannya pada peringkat penyakit sudah jadi 80% dalam badan. Barulah dikenali sebagai kanser,barah,darah tinggi dan lain-lain lagi.

Aku ingin menyatakan ada satu istilah yang lebih mudah difahami iaitu “fobia”. Fobia ini adalah penyakit ,orang yang sudah kurus merasa dirinya sangat gemok.Orang yang tidak sakit merasakan dirinya sakit, kerana apa? Kerana mindset (otak bawah sedar) telah merakam perkataan bomoh yang menyatakan ia disantau. Dia akan sakit buat selama-lamanya jika tidak ada orang yang mampu menyampaikan tentang ilmu tauhid padanya. Lebih-lebih lagi fobia ini akan menjadi darah daging sekiranya ia percaya 100% pada bomoh atau ustaz yang suka meramal.

Dengan Nama Allah, ramai mereka yang berada dalam situasi ini(fobia) telah sembuh setelah bergabung dengan HPA dan mengikuti perubatan Jawi. Kita bukan menyediakan air penawar untuk mereka tetapi yang kita berikan ialah aqidah yang sebenar bagaimana mempertuhankan Allah sebagai Rab dan Ilah yang disembah dan tempat meminta.

Hari ini kami tidak lagi demam bila membuat kuih "buah Melaka" malah perlu membuat lebih banyak sebab keluarga menjadi semakin ramai. Ibuku akan tersenyum bila aku cerita hal ini pada kalian dan itulah yang aku harapkan dari sebuah perjuangan agar menjadi ibadah yang diterima oleh Allah.

Amin.

Sumber: PU HPA

Gatal Seluruh Badan

Share





Kadangkala gatal ini sangat sukar diubati walaupun dengan ubatan yang menggunakan steroid. Pesakit akan terus menggaru sehinggakan tidak sedar kulit sudahpun luka kerana tidak tahan dengan gatal . Pelbagai krim tidak upaya dijadikan penawar kerana gatal itu betul-betul didalam isi bukannya diatas kulit.

Jika anda bertemu dengan kes bagini, InsyaAllah cubalah resepi pengubatan herba ini iaitu beri pesakit meminum air perahan cekur segelas,dua kali se hari . Kebiasaannya kesembuhan akan cepat berlaku disamping meminum air minuman HPA 2 liter sehari. Insya Allah. Lakukan berterusan sehingga gatal-gatal akan mulai hilang.

Sumber: JAWI Med Herbs

Related Posts with Thumbnails

Daftar Melalui Facebook

Syorkan